Info Semasa

Minta Penumpang Berdoa : Kenyataan Bekas Menteri Dibidas CEO Air Asia, Pertahan Tindakan Juruterbangnya.

“Apa salahnya berdoa dalam apa jua agama terutamanya ketia anda dalam kesempitan?” kata Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad itu dalam kenyataan di Facebook.

“Membuat kenyataan memang senang terutamanya ketika anda berada di darat. Situasi itu amat sukar, mendaratkan pesawat dan memastikan keselamatan semua penumpang, dan Alhamdulillah mereka berjaya.”

Zaid semalam dalam Twitter sambil menyindir menyarankan AirAsia mengupah imam dan paderi jika mahu berdoa dan tidak memberi harapan kepada penumpang.

“Saya lebih suka jika juruterbang tidak memberitahu bahawa ajal saya sudah tiba,” katanya dalam Twitter semalam.

Kelmarin pesawat dengan 359 penumpang yang dalam penerbangan dari Perth, Australia ke Kuala Lumpur mengalami masalah teknikal, dan terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth.

Kredit : Projek MMO

Leave a Reply