Viral

Model Sambilan Pandu Gen 2 Arah Bertentangan Dikatakan Panik, Cuba Lepaskan Diri Dari Kemalangan Sebelumnya

Para penyiasat percaya bahawa remaja pemandu Proton Gen 2 yang memandu ke arah selatan di laluan arah utara Lebuhraya Utara Selatan, berdekatan Sungai Dua di Pulau Pinang pagi semalam, berada dalam keadaan panik.
LawanArusAN

Disebabkan itu, dia telah bertembung dengan beberapa kenderaan, dan menyebabkan seorang lelaki terbunuh.


Sumber memberitahu Free Malaysia Today bahawa remaja berusia 19 tahun itu terdahulu melanggar belakang dua kereta sebelum Plaza Tol Sungai Dua, dan cuba ‘melepaskan diri’ dalam keadaan panik.

Saksi memberitahu polis yang dalam keadaan panik, remaja itu memandu di satu lorong yang dikhaskan untuk pusingan-U bagi kenderaan yang berada dalam keadaan kecemasan.

Dia kemudiannya memecut sejauh 5 km ke Seberang Jaya sebelum merempuh Perodua Kelisa yang dipandu lelaki berusia 26 tahun, menyebabkan lelaki itu terbunuh serta merta.

Setelah merempuh Kelisa, kereta remaja itu berpusing dan melanggar lima kenderaan lain, termasuk satu van pekerja kilang dan sebuah motosikal.

Bagaimanapun, versi terkini cerita ini tidak dapat disahkan oleh polis sewaktu artikel ini ditulis.

Polis kemudiannya mendapati melalui ujian air kencing yang remaja itu positif dadah jenis Methamphetamine.

Remaja itu diperintahkan hadir ke Mahkamah Sesyen Butterworth petang ini.

Dia dikatakan bekerja sebagai model sambilan untuk majlis pelancaran, program dan pertunjukan kereta. Sebelum ini, dia pernah menyertai pertandingan ratu cantik kecil-kecilan di Juru.

Sementara itu NST Online melaporkan keluarga pemandu Kelisa iaitu Mohamad Fandi Rosli, 26, terkejut mengetahui tentang berita kemalangan tersebut.

Fandi yang berasal dari Sungai Patani sedang memandu pulang setelah bekerja syif malam di sebuah kilang di Seberang Jaya, Prai sewaktu kejadian.

Isteri Fandi yang dikahwini baru tiga bulan yang lalu, Norashikin Abdul Halim, seorang jururawat di Hospital Selayang telah menuntut mayat suaminya di Hospital Seberang Jaya pada 3.00 petang semalam.

Dia dilihat berada dalam keadaan sedih dan pitam beberapa kali melihat mayat suaminya di tempat simpanan mayat, lapor NST.

Bapa Fandi, Rosli Lin, 57, memberitahu NST sewaktu pengebumian anaknya:

Saya rasa tak percaya lihat klip video sebuah kereta dipandu arah bertentangan trafik beberapa saat sebelum melanggar kereta anak saya.

Saya serahkan pada polis untuk menyiasat tetapi kami mahu keadilan untuk anak kami.

Fandi dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pokok Assam, Sungai Petani petang semalam.

Dia meninggalkan seorang isteri yang hamil, bapa, ibunya Noor Suraini Ismail , 47, dan seorang adik perempuan.-diterjemahkan untuk amazingnara.com
Pemandu-Gen2-Lawan-Arus

17264669_1903013156602827_11447374807543035_n

4

3

2

1

Sumber: Free Malaysia Today

 


Comments 9

  1. Anonymous

    Panjangnyer tuhan bagi umur perempunan tu…. Dah rempuh banyak kete masih boleh berdiri tanpa luka2.

  2. Narita ohara

    Bengang plak tgok orang yg xikot undang2 niy.. Ko dh langgar keta lain bole nk lari plak langgar LG Org lain smp mati.. Mohon undang2 msia xpilih buluu.. Bg Hukuman setimpal!

  3. Anonymous

    sebab syaitan jaga perempuan bodoh nie…bodoh punya perempuan….ya allah moga Allah tempat kn Alahyarham Fandi bersama org2 beriman…Al-Fatihah

  4. Anonymous

    Babi

  5. Anonymous

    Knapa bkn ko je yg mati.. cina ne mmg bwak sial..

  6. Anonymous

    Sayunya Ya Allah… In Syaa Allah keadilan akn berpihak kepada kau fandi… keluarga kau sedang menuntut keadilan untuk kau… semoga kau tenang disana sahabat… ? Al fatihah

  7. anonymous

    Allah bg dia bernyawa lag utk dia terima hukuman dunia dulu..itupun jika mahkamah dunia berlaku adil. Allahurabbi.

  8. Opppssss

    Bangsa cina mmg babi..mmg bwak kreta mcm babi sondol merata ingat jalan makpak depa yg punya..x pasal2 org lain yg jdi mangsa..aku geram betol lah..

  9. Adam Malek

    Kepada OPPPSSSS , jangan jadikan ini isu perkauman plak..dosa tau

Leave a Reply