Viral

Model Sambilan Pandu Lawan Arus Tidak Mengaku Bersalah Gunakan Dadah, Minta Dibicarakan

Remaja 19 tahun yang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) Selasa lepas dan menyebabkan kemalangan dengan banyak kenderaan yang menyebabkan seorang terbunuh, meminta dibicarakan di mahkamah majistret di Bukit Mertajam kerana menggunakan dadah.

Ng Pei Ven didakwa di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya. Dia berhadapan dengan hukuman sehingga dua tahun penjara dan denda RM 5,000, atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan kesalahan.


Pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Jamaliah membenarkan Pei Ven diikat jamin RM 5,000 dengan dua penjamin dan diperintahkan melapor diri ke ibu pejabat polis Seberang Perai Tengah seminggu sekali.

Dia juga menetapkan sebutan semula kes pada 12 Mei ini.

ASP Md Azman Kadir telah telah membuat pendakwaan, manakala Pei Ven tidak diwakili peguam.

Pei Ven dipercayai khayal kerana penggunaan amphetamines dan mabuk sewaktu memandu dengan kelajuan tinggi pada arus bertentangan sepanjang NSE, selepas Plaza Tol Sungai Dua di tanah besar Butterworth, sebelum menyebabkan pertembungan empat kereta dan sebuah motosikal pada pukul 7.50 pagi.

Proton Gen 2 yang dipandunya mula-mula melanggar Perodua Kelisa yang dipandu oleh Mohamad Fandi Rosli, 26, yang merangkai pertembungan dengan beberapa kenderaan lain selepas itu.

Fandi terbunuh di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan badan.

Pei Ven dan pemandu empat kenderaan lain cedera ringan.

Sumber: NST Online

 


Leave a Reply