Info Semasa, Inspirasi, kagum, Sukan

“Negaraku Bangkit Bersama” – Mesej Najib Untuk KL2017

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyeru rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan terhadap acada Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur (KL2017) melalui mesej ‘Negaraku Bangkit Bersama’ selepas menghabiskan larian obor Ahad yang lalu sebagai permulaan bagi acara dwi-tahunan tersebut!

Najib yang berlari dari KLCC menuju ke arah Menara Naza di Persiaran KLCC menyeru orang ramai untuk ‘bangkit bersama dengan semangat Negaraku’ dalam sokongan terhadap KL2017 dan juga atlet yang bakal bersaing dalam upcara tersebut.

Kereta model Peugeot 208 merupakan sumbangan daripada NAZA Group untuk membolehkan orang ramai menulis mesej pada badan kereta tersebut untuk menunjukkan sokongan mereka.

Larian Obor KL2017 tersebut bermula pada 9 pagi apabila Perdana Menteri menerima obor-obor daripada CEO Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin di tapak bangunan ikon Menara Berkembar Petronas.

Obor-obor tersebut kemudiannya dibawa ke tanah Traders Hotel di mana Najib memberikannya kepada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan kemudian terus berlari menuju ke Menara NAZA.

Apabila tiba di menara tersebut, obor-obor itu diberikan kepada Pengerusi Eksekutif NAZA Group dan CEO, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Larian sejauh 5.2km itu turut dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bersama-sama isteri mereka dan juga 250 individu lain.

Antara yang turut menjayakan program itu adalah bekas ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi, atlet silat negara, Mohd Al-Jufferi Jamari dan juga bekas pemain badminton kebangsaan, Foo Kok Keong.

Selepas Menara NAZA, obor-obor itu dibawa ke Menara KL dan melalui beberapa lokasi di sekitar bandar persekutuan sebelum ianya dibawa ke Putrajaya dan kemudiannya destinasi terakhir, Stadium Nasional Bukit Jalil untuk upacara pembukaan KL2017.

Larian obor-obor pada hari Ahad itu adalah sambungan kepada acara yang sama yang diadakan di sekitar Selangor yang berakhir di Shah Alam pada hari Sabtu.

Ianya satu upacara yang diadakan sebagai permulaan kepada Sukan SEA yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penganjur Malaysia dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri sebagai satu inisiatif untuk memupuk motivasi dan semangat orang ramai terhadap sukan dwi-tahunan tersebut.

Malaysia akan diwakili oleh 871 atlet dan pegawai di 397 daripada 404 acara di KL2017. – BERNAMA

Leave a Reply