Info Semasa

Negeri Perak Catat Jangkitan Terbaru, Mangsa Keempat Rabies Disahkan Meninggal Dunia.

Seorang lagi kanak-kanak yang dijangkiti wabak anjing gila atau rabies berusia lima tahun dari Kampung Ampungan, Serian, disahkan meninggal dunia.

Jawatankuasa Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri berkata, kanak-kanak itu meninggal dunia pada jam 2.05 petang tadi di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Bagimanapun dalam kenyataan itu nama kanak-kanak berkenaan tidak didedahkan bagi menghormati privasi keluarganya.

Mengikut laporan sekretariat itu lagi, bermula 1 April lalu hingga hari sebanyak 368 kes gigitan anjing telah dicatat.

Mereka juga meminta supaya pemilik anjing peliharaan mendapatkan suntikan vaksin dan sebagai langkah berjaga-jaga dan juga tidak bermain dengan haiwan mereka buat sementara walaupun yang sudah divaksin.

Dalam perkembangan terbaru, mukim Matang di daerah Larut Matang Selama (LMS) diwartakan sebagai kawasan terbaru wabak anjing gila atau rabies oleh kerajaan Perak susulan satu kes dilaporkan di kawasan itu pada 4 Julai lalu.

Pewartaan itu dikeluarkan susulan kejadian dua kanak-kanak perempuan yang digigit anjing peliharaan dan kes ini dikesan apabila seorang pemilik anjing membuat laporan pada Khamis lalu mengenai anjing dipeliharanya mati selepas lapan hari menggigit anak perempuan dan anak saudaranya di Kuala Sepetang, Taiping.

Sumber : Berita Harian & Harian Metro

Leave a Reply