Uncategorized

Nenek Berusia 16 Tahun Akibat Kesalahan MyKad

Akibat mulut badan binasa, akibat MyKad, nenek boleh jadi anak dara. Seorang nenek yang sudah pun berusia lebih 90 tahun pastinya gembira bukan kepalang apabila tarikh lahir di MyKadnya baru menunjukkan yang dia berumur 16 tahun. Nenek ini mempunyai 4 orang anak yang berusia 48 hingga 70 tahun dan memiliki 47 cicit.

nenek 16 gtahun

Menurut MyKad miliknya, nenek ini dilahirkan pada tahun 1996. Mak aih memang muda bebenor. Tak logik dek akal nie.

nenek 16 gtahun

Semoga nenek ini mendapat MyKad yang baru dan tidak stress kerana umur yang terlalu muda. Hehehe.

Comments 32

  1. shali

    mykad ni betul la…kat akhir no ic dia ada bintang menunjukkan dia warga emas

  2. antigomen

    buat kerja yang sama SETIAP hari masih lagi salah…?????? tulah asek rehat and mengumpat je duduk kat kaunter pun lembab. padahal kerja yang sama je… LEMBAB. semua kaunter KERAJAAN LEMBAB…!!!

  3. antogimen

    aku keje gomen…. memang orang2 gomen semuanya lembab… bukan setakat kat kaunter je…. tapi kalau kita keje laju sikit, ada la yang mula dengki…. cakap ampu bos la, nak cepat naik pangkat la…….

    jadi moral of the story = kalau anda nak keje gomen, anda hendaklah menjadi slow….. kalau anda nak berjaya, janganlah keje gomen..hahaha..

  4. sunshine

    kalau depan 96, tau tak 1996 ke 1896 ke 1796???? that’s why kena selidik dulu br boleh komen. Saya nie bukanlah keje gomen, tp rasanya xsesuai nak tunding kat staff counter atas info ’96’ tu. kad tu mmg ori n dan tak perlu nak tukar lg. Susah2 sgt cuba baca chip kad tu n tgk birthdate berapa. Sblm komen selidik dulu yer. Menfitnah tu x elok…

  5. milah

    antigomen.. ko mmg sengal + bangang siot..

  6. lu pikir laa sendiri

    (aku keje gomen…. memang orang2 gomen semuanya lembab… bukan setakat kat kaunter je…. tapi kalau kita keje laju sikit, ada la yang mula dengki…. cakap ampu bos la, nak cepat naik pangkat la…….

    jadi moral of the story = kalau anda nak keje gomen, anda hendaklah menjadi slow….. kalau anda nak berjaya, janganlah keje gomen..hahaha..)

    antigomen.. kalau ko anti sgt yg ko keje gomen apesal?? ade gak bongok nye.. hahaha… tu di nama kan org tk sedar diri..

  7. mmg la mykad tu betui…. walopon ade bintang kejora sekali pon,
    tapi kalo dah salah typing… bende tue ttp salah n kene diperbetulkan…

    ** aku xnak la blame org keje gomen nieh.. tp kalo wat keje tu biorla bebtui skit…. gamba tue dh terang2 tunjuk warga emas… xkan x double check kot…!!!
    biorlah ade yg dengki skalipun, pokok pangkalnye diri sendiri… yg nak majupun diri sendiri…
    ape susah dgn kate2 org len… bukan dorg yg tentukan idup korang..!!!

    x pasai2 menyusahkan org len… ape daaaaaaaaa…

  8. Ruf

    hahaha. comel 🙂

  9. redeyemonster

    sunshine: xkn la nenek tu lahir 1896 plak?agk2 ler..klo lahir tau 1896 da sah2 nenek tu umo 100++..nenek nie lahir taon 1920 atau ke bawah..sbb umo die baru 90++ nie mmg kesalahan diorg nie..harap2 dpt la makcik nie ic baru..

  10. along

    mcm mana kesilapan yg semcm ni leh t’jadi……….xkan ler x nengok pic nenek ni….dah sah2 kedut seribu……xkan ler masih ank remaja……………….pihak JPN kena pantau cara kerja staff t’utama yg ddk kat kaunter…klau laa ada staff yg mengalami mslh penglihatan cpt2 ler di rujuk pd doktor………..yg b’mslhnyer nanti adalah nenek ni……….pasti bnyk urusan tdk dpt diselesaikan……..sbg contoh mak saya hanya krn nama atuk saya dlm ic mak saya kurang 1 huruf….setiap kali ada urusan spt pemabahagian ahrta pusaka & sbgnyer…mak saya t’paksa angkat sumpah mengatakan mak saya dan adik beradik yg lain adalh adik beradik kandung…………..mmg leceh jadinyer………….

  11. mixgirl

    aku pn x suka goment…org ckp sbb pkara yg btl…gomen nie pemalas + lembab + suka nk tunjuk pandai (tp bl tanya kt kaunter smua muka cam 3 suku)
    blh blahhhh….mkn gaji buta ajer…tiap tahun tggu bajet nk dpt imbuhan…tp keje lgsung xde kualiti….nielah dia org2 yg mkn duit rakyat!!!!

  12. mykad die btul la… xbace paper ker dik oiii…tgk la bintang kat hujung no ic die…menandakan wargamas… selidik dlu dik oiii…jgn main tuduh je… -.-“

  13. sunshine

    redeyemonster: Kalu dah ALLAH SWT bg umur nenek tu panjang xkan nak di query lg kot. Nara tulis nenek tu umur lebih 90 taun, so kalu 100 taun tu bukan ke lebih dari 90? so fikir2kanlah….
    along: dlm case mak u, naper masa ambik kad tu x check btl2 nama tu. kalu silap leh tukar la tu jg. so no issueright?? jd jgn tunding jari pd org lain atas kesilapan sendiri…….

  14. kasut mahal

    16 tahun tu tak semestinye anak dara lagi ok…

  15. budu cap tere

    makan gaji buta je..letok la jwtn bgi ke orng laen plok hok nganggur

  16. nyamuk

    org gomen mmg lembab aku stuju, lebih2 lg bhgn kuanter depan, dh byk dh pengalaman aku berurusan dgn org gomen, yg lebih2nya yg dok kt kuanter depan, salah satu pengalaman aku, aku nk minta form bantuan e-kasih utk saudara, wooo korang tahu apa dia buat, rupanya tengah beloyar buruk sambil ketawa dengan menutup muka guna kertas..dgn mamber sekuanter mana nak layan pengunjung, pastu bila mintak borang terus dia cakap korang takyah susah2 isi pun, konfem tak dapat!!! chissss! bederau darah aku!..

  17. rain

    nape amazingnara ni takde like & dislike button.. haihh..

  18. antogimen

    hahahahaha…. orang gomen semua terasa….. macam tu la orang gomen… tegur sikit, mesti melenting… kalau kutuk, tak tau nak cakap la…

    tempat keje aku ni memang ramai yang makan gaji buta… kalau suruh buat keje lebih sikit je, mula la bos tak betul…

    kesengalan perkerja2 gomen akan lebih terserlah lagi bila dah lama keje gomen…. bila dah tua, semua nak tunjuk lagak kat budak2 muda yang baru nak mula keje gomen…. sebab tu la budak2 yang baru keje gomen pun keje macam keje gomen…

    TAPI! tak semua agensi gomen camtu….. aku pernah jumpa agensi gomen yang terbaik! macam keje swasta pun ada…. mat2 rempit & bohsia yang keje kat kfc & mcdonalds pun sama taraf dengan gomen…. emo je lebih.. customer salah, staff betull

  19. antogimen

    walaupun aku anti gomen, tapi orang yang buat ic nenek ni pun tak leh nak disalahkan juga…. kalau dah banyak buat benda sama, mestilah ada sikit2 salah…. manusia bukannya dilahirkan sempurna… semua orang mesti buat salah…

    tapi kalau orang yang buat ic ni asyik buat salah je, memang la orang angin… tapi kita pun tak tau, jadi janganlah nak tuduh menuduh….. tapi kalau nak tuduh orang keje gomen slow, tu takpe…. sebab itu sudah pun terbukti di seluruh negara… setuju tak? sape tak setuju tu memang orang gomen..

  20. tokjanggot

    Manusia suke menyalahkan org lain. Menunding jari.. Tak perlu la buat begitu. Setiap manusia ada kelemahan. Jgn kata org gomen mcm tu. Tak semua. Buat dosa kering je. Buat ape.

  21. kesian

    xmustahil umo dia 116…

  22. reginaimran

    x kisah lah nk kate apa, diorang yg keja gomen, semua benefit dpt… ada diorang kisah ngan kata kata korang…. huhuhuhu wat kering air liur hangpa ja…. hu3

  23. Anon

    Nenek ni umur 116 tahun la abg nara!

  24. lynnyana

    korang nie ntah ape2. psl ic nenek nie pon nk kecoh..
    memang gomen style mcm 2.. cuma hok muda yg bru keje je ok.. yg tua2 2 ku dlyn mcm x lyn jer..adeh

  25. ila

    org koje gomen kdg byk yg streessssss..ada yg terlampau byk keje.sabar ajelah.

  26. belimbing buluh

    nenek ni sebenarnya lahir th 1896…umur dia dah 116 th. JPN terpaksa tulis kat IC dia tarikh lahir 960412-02-0058* sbb klau nak tulis th 1896 tak muat…sbb tulah kat no last tu ada ‘star’ yg mnunjukkan dia lahir sblom 1900. JPN xsalah dan nenek ni jugak xsalah…yg salah adalah org yg suka mengomen tanpa usulperiksa dan tau menyalahkan org lain jer……

  27. VoidDance

    IC nenek ni betul. Takde yang salah. Tanda ‘asterik – *’ tu maksudnya tarikh sebenar kelahiran tidak dapat dipastikan oleh individu itu sendiri, bukan sebab tak muat nak letak 1896. Mungkin nenek ini lebih muda dari yang dia dakwa atau pencatat kelahiran beliau dulu tersalah dengar dan letak tahun 1896. Kita kena ingat, pendaftaran penduduk hanya wajib sejak mula zaman darurat pada tahun 1948 dan kad pengenalan biru pertama cuma keluar pada tahun 1960. Sebelum dari itu tidak ada rekod pengenalan diri rasmi kecuali sijil lahir.

    Orang yang lahir di kampung oleh bidan biasanya tidak rasa perlu untuk lapor kepada pihak berkuasa ketika itu. Jadi bila diarahkan buat kad pengenalan dan ditanya balik bila tarikh lahir sebenar nenek itu, dia mungkin tidak ingat dan pencatat ketika itu tersalah dengar.

    Kalau benar nenek ini dilahirkan pada tahun 1896, maka beliau adalah antara manusia tertua di dunia ketika ini. Apa yang pasti, beliau bukan lahir pada tahun 1996 dan MyKad yang dikeluarkan juga adalah asli dan sahih, tidak ada kesilapan fakta seperti yang didakwa. Cuma yang mengecewakan adalah pihak tertentu yang langsung tidak mahu rujuk JPN dulu sebelum keluarkan kenyataan. Ini semua kes nak cari publisiti murahan dan salahkan penjawat awam tak tentu pasal.

  28. lec

    jgnla salahkan org x menentu…selidik la dulu baru la cakap…ni tidak semua nak salahkan gomen….swasta pun sama je sebenarnya…

  29. zarm

    Nampak tak bintang kat hujung no tu..

    DAFTAR PEMILIH YANG TELAH DISAHKAN
    PERKARA PENERANGAN
    Kad Pengenalan 960412020058 / 1463220
    Nama PUAN BINTI AHMAD
    Tarikh Lahir 12 Apr 1896
    Jantina PEREMPUAN
    Lokaliti 007 / 07 / 08 / 004 – KG TANJONG
    Daerah Mengundi 007 / 07 / 08 – BELIMBING
    DUN 007 / 07 – KUALA NERANG
    Parlimen 007 – PADANG TERAP
    Negeri KEDAH
    STATUS REKOD –
    Untuk sebarang maklumat, sila klik : DISINI

  30. ANYNOMOUS

    nasihat kepada pihak yg keluarkan , sila rujuk dulu kesahihan perkara ini sebelum “post”/”publish”. ini boleh memalukan penjawat awam dan juga mereka yg memfitnah membabi-buta tanpa usul periksa sekiranya terbukti ianya benar.

  31. anynomous

    nasihat kepada pihak yg keluarkan kenyataan ini. sila rujuk dulu kesahihan perkara ini sebelum “post”/”publish”. ini boleh memalukan penjawat awam dan juga mereka yg memfitnah membabi-buta tanpa usul periksa sekiranya terbukti ianya benar.

  32. ANYNOMOUS

    nasihat kepada pihak yg keluarkan kenyataan ini. sila rujuk dulu kesahihan perkara ini sebelum “post”/”publish”. ini boleh memalukan penjawat awam dan juga mereka yg memfitnah membabi-buta tanpa usul periksa sekiranya terbukti ianya benar

Leave a Reply