Nenek Berusia 65 Tahun Tidak Sangka Berjodoh Dengan Anak Angkat Sendiri Berusia 24 Tahun

perkahwinan

Pada zaman ini, bukan lah sesuatu yang pelik jika seseorang memilih pasangan yang jauh lebih muda atau tua untuk menjadi pasangan sehidup semati. Tapi siapa sangka, seorang nenek berusia 64 tahun di Indonesia akan menemui jodoh dengan seseorang yang jauh lebih muda daripadanya.

Mbah Gambreng, wanita warga emas itu telah sah bergelar isteri kepada Ardi Waras, berusia 24 tahun. Pada mulanya, Mbah hanya menganggap Ardi sebagai anak angkatnya sahaja seperti empat lagi anak angkatnya yang lain.

Empat anak angkatnya yang lain sudah pun berkahwin dan pada masa ini Ardi tinggal bersama Mbah semenjak setahun yang lalu bagi membantu Mbah menoreh dan menjual getah. Bagi meneruskan kehidupan solonya, Mbah juga turut menjual pakaian dan herba di kawasan rumahnya.

perkahwinan

Advertisement

Mbah telah mengenali Ardi kira-kira setahun yang lalu. Ardi yang berusia 24 tahun itu merupakan penari dalam kumpulan seni kuda lumping, sementara Mbah adalah salah pengurus kelab itu. Pada mulanya, dia hanya lah menganggap Ardi seperti anaknya sendiri dan tidak menyimpan apa-apa perasaan.

“Dahulu saya sering mengejeknya, ‘Kamu sudah dewasa, sudah waktunya untuk mencari pasangan dan berkahwin’, Tetapi dia kemudian meluahkan cinta kepada saya.”

perkahwinan

Ketua Kampung Bumiharjo Wahyudi mengesahkan berita perkahwinan nenek berusia 65 tahun dengan seorang lelaki berusia 24 tahun di daerahnya. Dia mengakui pada mulanya dia terkejut dan tidak percaya dengan berita itu.

Pernikahan itu berlangsung di Desa Bumiharjo dengan anggaran mas kahwin Rp 100,000. Ketua kampung itu turut mencadangkan agar perkahwinan mereka didaftarkan secara rasmi. Berita perkahwinan pasangan dengan beza umur 41 tahun ini kemudian tular dan menarik perhatian masyarakat Indonesia.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Comments

comments