Viral

Netizen Bantah Penjualan Rokok “Kiddie Pack” Di Malaysia Yang Direka Khas Untuk Kanak-Kanak

Kementerian Kesihatan dan NGO ketika ini sedang menyuarakan bantahan penjualan paket rokok yang kurang 20 batang yang dikenali sebagai “pek Kiddie” dijual di pasaran.

Dr S Subramaniam berkata, kementerian tidak akan memberi kelulusan untuk penjualan paket tersebut kerana undang-undang melarang penjualan rokok dalam pek kurang daripada 20 batang.

“Perundangan melarang penjualan pek kecil rokok kurang daripada 20 batang. Ini juga selaras dengan Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) yang mana Malaysia adalah sebahagian daripada,” katanya.

FCTC adalah perjanjian kawalan tembakau yang mana Malaysia telah menjadi sebahagiannya sejak 2003.

Di perjanjian itu, Malaysia diwajibkan secara langsung mewujudkan peruntukan yang ketat untuk mengawal tembakau dengan menggubal alat undang-undang domestik, menguatkuasakan undang-undang dan membangunkan dasar kebangsaan yang jelas yang memberi keutamaan kepada kesihatan awam.

Memetik kenyataan FCTC, perjanjian antarabangsa pertama yang dimulakan dan diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menetapkan piawaian antarabangsa untuk mengawal tembakau dengan peruntukan mengenai pengiklanan dan penajaan, peningkatan cukai dan harga, pelabelan, perdagangan haram dan asap terpakai.

Dalam pada itu, laman facebook Public Health Malaysia turut menyeru orang ramai bersama-sama menolak dan membantah penjualan rokok ini dari dibawa masuk ke Malaysia.

Brunei, Cambodia, Laos, Singapura dan Vietnam telah mengharamkan produk rokok Kiddie Pack dari di jual dipasaran kerana mahu melindungi kanak kanak dari ancaman rokok. Tindakan membawa masuk produk itu ke Malaysia seakan mengadaikan kesihatan masyarakat terutamanya KANAK KANAK dengan membenarkan produk ini dijual.

Menurut amaran yang di keluarkan oleh pihak WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), “Rokok KIDDIE PACKS merupakan startegi pemasaran Industri Rokok.Ia dijual agar rokok mampu dibeli oleh kanak kanak dan golongan muda”

Rokok Kiddy Pack adalah pek rokok yang mengandungi kurang dari 14 batang rokok. Ia di katakan di reka khas untuk menarik minat kanak kanak. Ciri ciri yang ada pada kotak rokok Kiddie Pack adalah :

– Lebih kecil,
– Tampak menarik dan comel,
– Lebih mudah di bawa dan di simpan
– Lebih mampu di miliki (termasuk kanak kanak!)

Kajian di Ireland menunjukkan 75% perokok bawah umur membeli dan memilih rokok Kiddie Pack. Survey pada kanak kanak 11- 15 tahun di England pula mendapati kanak kanak berjaya membeli rokok Kiddy Pack berbanding rokok 20 batang.

Strategi Syarikat Tembakau

Industri tembakau telah membelanjakan kira kira 8.49 Billion USD setiap tahun untuk pemasaran produk mereka. Kajian metaanalisis dari 9 kajian kohot telah membuktikan, hubungan yang positif, konsistan dan spesifik diantara pemasaran dan promosi rokok dan keinginan remaja untuk merokok.

Industri Rokok mempunyai satu isu besar, iaitu majoriti perokok akan mati akibat penyakit berkaitan rokok.
Mereka memerlukan pelapis yang menggantikan pelanggan pelanggan yang telah mati. Atas sebab itu, kanak kanak dan golongan muda menjadi sasaran Industri.

Updated- 6 September 2017

“Ejen” syarikat tembakau yang terdiri dari kapitalis organisasi kedai kopi dan restauran telah menghantar momerandum sebagai sokongan kepada rokok Kiddies Pack. Oleh itu, ibu bapa, guru guru dan seluruh masyarakat Malaysia diseru agar menyuarakan bantahan untuk melindungi kanak kanak dan generasi masa depan dari ancaman rokok.

BANTAHAN PENJUALAN ROKOK KIDDIE PACKS- Jerat Kanak Kanak!

1. Share/ kongsi post ini kepada rakan dan keluarga
2. Suarakan bantahan anda dengan jelas dan jitu.
3. Laungkan bantahan agar mesej rakyat dapat sampai ke pihak penggubal dasar

Sumber : FMT & Facebook-Public Health Malaysia

Leave a Reply