Viral

Netizen Dedah Penipuan Wanita Di Puncak Alam, “Pandai Akak Ni Tipu, Hebat Akak Ni Punya Drama”

Di Malaysia, sememangnya menjadi satu hab bagi mereka yang kurang berkeupayaan untuk meminta sedekah. Ada sindiket yang mendalangi semua ini, dan ada yang bergerak secara individu, mengambil kesempatan dari sikap prihatin rakyat Malaysia sehingga ada yang sanggup menipu untuk mendapatkan wang dan keperluan seharian.
DramaANBaru-baru ini seorang netizen memberitahu dia telah terserempak dengan seorang wanita bersama dua anaknya sewaktu berhenti solat di sebuah stesen minyak di bandar Puncak Alam. Menurut netizen yang menggunakan nama Emma Minhat, wanita itu mendakwa sudah kehabisan beras.



Ini merupakan status asal Emma Minhat:

2

Status tersebut telah menjadi viral dan dikongsi secara meluas. Disebabkan itu, ramai netizen telah mengecam pihak zakat, dan juga pihak masjid kerana tidak memberi bantuan sewajarnya pada wanita ini.

Namun begitu, seorang Netizen mendedahkan bahawa wanita ini sebenarnya menipu.

1

Ini ialah wajah wanita yang membuat dakwaan tersebut.
5
4
3
Terdapat Netizen yang memberitahu bahawa bersedekah tetap dapat pahala walaupun peminta sedekah sebenarnya menipu, namun ada Netizen mendakwa wanita itu membeli dadah hasil jualan beras yang didermakan.
8
Malah ada netizen berpendapat orang ramai sepatutnya memeriksa kepada duit disedekahkan kerana belum tentu bersedekah itu memberi pahala.

6

Sementara itu, Lembaga Zakat Selangor telah membuat siasatan dan mendapati keluarga wanita itu sememangnya penerima bantuan zakat dan bantuan pendidikan setiap bulan, dan  sudah beberapa kali mendapat bantuan kecemasan.

9
10
Melalui pemerhatian penulis, Emma Minhat telah memadam statusnya setelah latar belakang wanita itu didedahkan. –amazingnara.com

Sumber: Lembaga Zakat Selangor


Leave a Reply