Automotive, Info Semasa

Nombor Plat “AKU BOSS” Terima Permintaan Tinggi Sejak Dibuka Untuk Bidaan Semalam

Nombor pendaftaraan kenderaan AKU 8055 dijangka mendapat permintaan tertinggi selepas bidaan untuk nombor itu dibuka tepat jam 8 pagi semalam.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mohd Zawawi Zakaria berkata, pertanyaan untuk nombot plat AKU 8055 ini telah diterima sejak tahun lalu kerana sebutannya menyamai AKU BOSS.

“Selain AKU 8055, nombor pendaftaran yang hampir sama dengan sebutan AKU BOSS seperti AKU 805 dan AKU 1305 dijangka akan mendapat permintaan tertinggi sepanjang tempoh dua minggu bidaan dibuka,” katanya pada sidang media di JPJ Perak, semalam.

Menurutnya, setakat ini selebriti tanah air, bintang sukan serta pengasas kosmetik terkemuka antara individu yang membuat bidaan untuk nombor plat tersebut.

“Orang ramai yang ingin membuat bidaan nombor terbabit boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman sesawang di sini atau datang sendiri ke pejabat JPJ,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply