Kiriman Pembaca, Viral

Nota Seorang Isteri: “Saat Aku Masih Bergelar Isteri Yang Sah Kepadanya, Engkau Mengikat Tali Di Jari Suamiku”

SYURGA YANG TAK DIRINDUKAN 3

Filem hangat dari seberang, Syurga Yang Tak Dirindukan 2 sudah mula ditayangkan di beberapa pawagam Malaysia ketika ini.
SYTD3AN

Menariknya mengenai filem yang diadaptasi dari novel hasil karya Asma Nadia membuatkan kita mengenali tentang hidup berpoligami.


Filem ini bukan sekadar bermain dengan perasaan penonton, tetapi ia juga membuatkan kita sedar apa perlunya pengorbanan dalam hidup berpoligami.

Tapi cerita aku? Jauh dan tidak sama seperti cerita novel itu. Ya! Itu hanya novel dan filem.

Realiti?

Ini cerita aku.

Peribahasa “ditikam dari belakang” sangat sesuai menggambarkan situasi aku ketika ini selepas menerima pengakuan dari kenalan yang selama ini aku percayai.

U… I mintak maaf sangat U… I rasa tak patut la kan… I pun taktau la U nak ckp apa… I sedih sangat… tak patut I ada hati kat A dah la kita rapat… U baik sangat la.. I tak sanggup la…. tp U janji dgn I jgn ckp apa2 kat A ok…

Kita perempuan I pon rasa apa u rasa, tak patut I rapat dgn ur husband. I mintak maaf…

Maaf?

Istilah maaf adalah ungkapan ampun atau penyesalan di atas sesuatu perbuatan dan jika kau benar menyesal pastinya kau tidak akan melakukan perkara yang sama, bukan?

Namun perkataan itu hanya di bibir dan mainan buat kau wahai wanita yang juga kaum hawa sama sepertiku.

Kini kau telah pun menjadi tunangan kepada suamiku, saat aku masih lagi bergelar isteri yang sah kepada dia, engkau telah pun mengikat tali di jari suamiku.

Ya, memang poligami itu milik lelaki namun andainya suamiku pandai berbahagi sama seperti mana mas Prasetya menyayangi Citra Arini dan Meirose pastinya aku pasrah dengan ujian Allah ini.

Namun sayang itu semuanya hanya dalam filem kerana aku kini bagai menanti di tali gantung apabila suamiku telah pun memfailkan taklik terhadapku.

Tahniah! Kau berjaya membuatkan suamiku tidak lagi merasa bahagia pada syurga yang kami bina dan engkau juga berjaya membuat tiga anak kami tidak merasakan keindahan syurga itu.

Aku di sini bertahan seorang diri agar aku tidak dilepaskan dia, Namun kiriman “perutusan” dari mahkamah membuatkan aku rasa seperti bodoh selama ini mempertahankan syurga kami.

Aku hanya keseorangan dalam “syurga” ini!

Statusmu sebagai anak kepada gitaris terkenal Malaysia membuatkan engkau terlalu angkuh dengan kedudukanmu sehingga merasakan tidak penting lagi perasaan orang lain.

Wahai wanita, engkau terlalu muda untuk mengenali apa itu erti rumah tangga dan pengorbanan.

Kenapa tidak engkau layari permulaan bahteramu bersama nakhoda yang masih belum punya kelasi?

Ya! Aku lupa jodoh itu milik-Nya tapi kenapa sampai engkau pisahkan kami? Apa dosa anak-anakku kepadamu atau hanya kau mahu memuaskan kehendakmu? Meraih dia hanya untuk kamu?

Keghairahan kau mahu memiliki dia hinggakan kau turutkan dia ke mahkamah saat kes kami dibicarakan. Hanya untuk apa? Melihat aku diceraikan? Melihat dia menyebut perkataan talak itu? Atau engkau takut dia berubah hati tanpa pengaruhmu?

Kau hayatilah kata-kata Meirose dalam filem Syurga Yang Tak Dirindukan ini agar kau mengerti hati seorang wanita, ia juga merupakan kata-kata yang paling terkesan dihatiku.

Andainya kau juga punya hati dan fikiran seperti Meirose, kau tak akan tegar!

“Kalau sahaja aku mengenal-Mu lebih baik Ya Allah, aku tidak akan pernah membangun kebahagiaan di atas air mata perempuan lain. Aku tidak akan membuat sengsara orang lain. Kau yang aku mintak Ya Allah! Lindungilah aku. Jagalah aku.”

“AKU TIDAK AKAN PERNAH MEMBANGUN KEBAHAGIAAN DI ATAS AIR MATA PEREMPUAN LAIN – MEIROSE”

Seorang Isteri

###

Sila hubungi kami di ruangan mesej peribadi Facebook Beautifulnara.com untuk mengirim sebarang luahan, pengakuan atau cerita.-amazingnara.com


Leave a Reply