Viral

OKU Masalah Pembelajaran Boleh Dapatkan Lesen Memandu, Dengan Syarat Tertentu

Seseorang yang mempunyai masalah pembelajaran boleh memandu asalkan waras, boleh membuat penilaian yang wajar dan mempunyai IQ yang berpatutan, kata seorang pengajar memandu.
OKUAN

Dia memberitahu kesemua faktor ini diuji di setiap pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kesemua calon kelainan upaya biasanya perlu melalui beberapa ujian untuk mengenal pasti sama ada pertimbangan dan intelek mereka tidak bermasalah.

Saya sudah melatih ramai individu yang mempunyai masalah pembelajaran. Kekurangan mereka sewaktu belajar, menjadi kelebihan mereka sewaktu mengendalikan kenderaan. Mereka biasanya pemandu yang baik.

Sesetengah dari mereka lebih bagus memandu dari individu yang sempurna dan lebih banyak mengamalkan pemanduan defensif dari kebiasaannya.

Bagi saya, lebih patut bimbang tentang pemandu yang mempunyai masalah sawan dan mereka yang memandu di bawah pengaruh (dadah dan alkohol).

Tenaga pengajar itu yang enggan dikenali, diminta untuk memberi komen mengenai kejadian seorang remaja 19 tahun yang melanggar sembilan kenderaan dan menyebabkan seorang terbunuh sewaktu memandu di laluan yang salah di Lebuhraya Utara-Selatan.

1173613_272508406242461_155568147_n

Gambar: Ng Pei Ven

Polis mengatakan remaja itu seorang pemegang kad OKU, yang dikelaskan sebagai individu yang mempunyai masalah pembelajaran. Seorang pegawai Jabatan Kebajikan mengesahkan remaja itu menerima kad tersebut sejak berusia 13 tahun.

Sementara itu, seorang pegawai kanan di JPJ Pulau Pinang mengesahkan apa yang diberitahu oleh pengajar memandu tersebut, bahawa individu bermasalah pembelajaran boleh mendapatkan lesen memandu dalam tempoh tertentu.

Tetapi mula-mula sekali satu ujian IQ akan dilaksanakan, secara lisan atau bertulis untuk menentukan sama ada seseorang itu boleh memandu.

Kemudian, kami memerlukan satu sijil pengesahan dari doktor yang individu itu boleh memandu.

Pegawai itu menambah yang jika individu yang mempunyai masalah pembelajaran gagal ujian kod lebuh raya berkomputer tiga kali, satu peperiksaan lisan khas menggunakan kad kiu akan dijalankan.

Kami dapati kebiasaannya mereka yang mempunyai masalah defisit perhatian boleh memandu dengan baik tetapi gagal kod lebuh raya. Ini apa yang kami perhatikan.

Remaja itu, Ng Pei Ven, telah didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan menggunakan dadah di bawah Seksyen 15 (1), Akta Dadah Berbahaya 1952.- amazingnara.com

Sumber:  Free Malaysia Today


Leave a Reply