Written by Ottel | May 11th, 2013

Gambar ini dikeluarkan oleh Google yang dirakam oleh Landsat satellite dari tahun 1982 sehingga 2012. Project ini adalah kerjasama Google dengan U.S. Geological Survey (USGS), Nasa dan Time untuk memaparkan bagaimana Bumi berubah dari zaman dulu sehingga sekarang seperti anda melihat mesin waktu. Anda boleh melihat As-Sulayyil di Saudi Arabia iaitu projek untuk hasilkan tempat tanaman di padang pasir dengan menggunakan sistem circle pivot irrigation. Time Lapse juga memaparkan keadaan hutan Amazon selepas 28 tahun pembalakan dilakukan di sana.

1

2

 
 
Written by Ottel | May 11th, 2013

Beberapa hari lepas, kami ada kongsikan post tentang Lamborghini Aventador Milik Jabatan Polis Dubai. Kini kami ingin kongsikan dengan anda koleksi kereta mewah yang dimiliki oleh Jabatan Polis Dubai. Menurut Lieutenant General Dahi Khalfan Tamim iaitu ketua Polis Dubai “Dubai adalah satu bandar yang unik dan ia perlu dipaparkan dengan image yang menarik sebab itulah Ferrari dan Lamborghini dibeli untuk Jabatan Polis”. Boleh nampak pihak Polis Dubai ingin menonjolkan image yang mewah sesuai dengan Dubai yang dikenali sebagai bandar yang termahal di dunia.

The Collection Of  Dubai Police Supercars (1)

The Collection Of  Dubai Police Supercars (2)

 
Written by Ottel | May 10th, 2013

M. Ridho merupakan seorang penjual Roti ingin mencuba nasib di Indonesia Idol 2012 dengan lagu ciptaan beliau. Suara dia memang tak sesuai untuk menjadi penyanyi tapi bakat komposer tu ada pada beliau. Ahmad Dhani yang merupakan juri pada ketika itu tidak melepaskan peluang utnuk membeli lagu tersebut dan ahmad dhani telah membeli lagu itu dari M. Ridho dengan bayaran 5juta Rp (RM1,583). Lagu ini kemudian diberi susunan melodi yang baru oleh Ahmad Dhani dan lagu ini dinyanyikan oleh T.R.I.A.D.

neng-neng-nong-neng penyanyi sebenar

Lagu Asal

lagu dari TRIAD

 
Written by serenity | May 10th, 2013

Dari badan biasa yang kurus atau berlemak aktor-aktor Hollywood tekad bersenam untuk mengubah fizikal untuk lebih mudah mendapatkan watak dalam filem aksi. Mengikut turutan gambar: Will Smith, Robert Downey Jr., Gerard Butler, Ryan Reynolds, Joseph Gordon Levitt, Hugh Jackman, Craig David dan Taylor Lautner.



Dengan masa, tenaga dan usaha yang dilaburkan, pastinya ia berbaloi-baloi. Ini ialah beberapa transformasi yang dianggap cemerlang di kalangan aktor Hollywood. Lagi tujuh aktor dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Panggung Seni Tradisional 2013: Wayang Kulit menemui anda 11 dan 12 Mei ini (8.30 malam dan 3.00 petang). Tiket biasa berharga RM 20 (diskaun 50% untuk kanak-kanak, pelajar dan pemegang kad Sahabat Budaya JKKN) manakala tiket premier berharga RM 50 (tempat duduk eksklusif terhad beserta makanan dan minuman). Untuk tempahan/belian tiket, hubungi Cik Ilya melalui talian 03-2072 6431 / 6779!

 
Written by serenity | May 10th, 2013

Ya, anda selalu fikir yang artis atau selebriti lebih cantik dari anda. Hakikatnya ,rupa mereka yang sebenar mungkin lebih kurang dengan anda saja, bezanya hampir 24 jam mereka mengenakan solekan tebal.

Solekan boleh mengubah wajah seseorang dari kusam dan membosankan sehingga menjadi cantik, comel dan dramatik. Tak percaya, sila lihat gambar-gambar di bawah.


 
Lagi 18 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Jangan lupa menyaksikan teater bangsawan “Tiga Maulana” mulai malam ini sehingga Ahad, iaitu 10, 11 dan 12 Mei, pukul 8.30 malam di Panggung Bandaraya, Jalan Raja, Kuala Lumpur. Bangsawan ini ialah adaptasi dari cerita “Tiga Abdul” yang masyhur.

Tempahan tiket boleh dibuat di talian 03-2614 8262. Tiket biasa berharga RM 5 manakala tiket premier (tempat duduk terhad eksklusif di bahagian atas panggung + makan malam percuma) pula berharga RM 50 yang menjanjikan kepuasan tontonan optimum untuk anda. Jom tonton ramai-ramai!

 
Page 12 of 300« First...1011121314...203040...Last »