(35 GAMBAR)Fotografi Mikro Embun Pagi Yang Indah

Embun di waktu pagi sememangnya indah, lebih indah lagi dilihat dalam gambar. Bagi pencinta fotografi, embun ialah objek yang menarik untuk dipotretkan. Ini ialah koleksi gambar embun-embun yang indah dilihat.
Photobucket
Photobucket

Lagu 33 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
 

(VIDEO)Treler Titanic Super 3D Yang Lucu

Pastinya anda maklum yang Titanic versi 3D sedang ditayangkan di seluruh dunia. Ini pula treler kelakar bagi filem ini, yang dinamakan Titanic Super 3D, di mana pengalamannya super realistik. Sampai boleh tercedera dibuatnya. Saksikan:

 

(16 GAMBAR)Aksi Kucing Comel Bermain Salji

Pagi-pagi Jumaat yang mulia ini kita mulakan hari kita dengan menatap gambar-gambar kucing yang comel. Apa yang kami perhatikan, bulu kucing di negara yang beriklim sejuk adalah lebih tebal dari bulu kucing di negara panas seperti negara kita.
Photobucket

Photobucket
Lagi 14 gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Bazar Seni Industri Budaya akan diadakan untuk kali kedua pada 14 dan 15 April 2012 (Sabtu dan Ahad) ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur. Kami menantikan individu-individu yang berbakat dalam apa jua bidang seni untuk hadir ke segmen pencungkilan bakat kami pada hari Ahad, 15 April 2012 pukul 2.30 petang. Like Fanpage Bazar Seni Industri Budaya untuk keterangan lanjut. “SEMARAKKAN SENI BUDAYA”

 

(92 GAMBAR)Majlis Pelancaran Bazar Seni Industri Budaya Di Perkarangan Panggung Bandaraya

Pada 24 Mac lepas, pukul 8.00 malam, telah berlangsung Majlis Pelancaran Bazar Seni Industri Budaya di perkarangan Panggung Bandar raya, Kuala Lumpur. Bazar ini telah disempurnakan pelancarannya secara bersama oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Haji Salleh Yusup. Begitu meriah sekali pelancaran ini dengan begitu ramai pengunjung yang hadir.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Bazar Seni Industri Budaya ialah sebuah bazar di mana pengunjung boleh membeli belah pelbagai produk kebudayaan dan kesenian seperti barangan kraf kayu, barangan seni khat, seni fotografi, seni lukisan, seni kraf Orang Asli, seni lukisan inai, seni kaligrafi cina, seni kraf Sabah dan Sarawak dan sebagainya. Dalam masa yang sama pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian juga berlangsung di tempat yang sama seperti pencungkilan bakat, demonstrasi dan pertandingan permainan tradisional, demonstrasi pembuatan kraf dan banyak lagi aktiviti menarik. Akan berlangsung buat kali kedua pada 14 dan 15 April ini, Bazar Seni Industri Budaya akan dilaksanakan sekali sebulan untuk sepanjang tahun. Bagi mendapatkan maklumat penuh dan terkini, anda boleh dapatkan di Fanpage Bazar Seni. Lagi 89 gambar boleh anda lihat dengan membaca entri ini sepenuhnya