Qari Kelantan dan Qariah Wilayah Persekutuan Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2012

Keputusan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2012 kali ke-55 bertemakan ‘Perpaduan Asas Perpaduan Ummah’ yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru dari 4 hingga 8 Jun 2012 (semalam). Upacara
Read full article

(10 GAMBAR)Sepuluh Pembunuh Bersiri Paling Ditakuti Dalam Sejarah

Seorang pembunuh bersiri diklasifikasikan sebagai seseorang yang membunuh tiga atau lebih orang dalam satu jangkamasa yang lama. Mereka biasanya memakai ‘topeng kewarasan’, yang bermaksud, luarannya mereka kelihatan seperti manusia normal lain yang mematuhi undang-undang. Bagaimanapun, di sebalik luaran ini mereka adalah psiko yang tidak mempunyai keupayaan untuk bersimpati dengan penderitaan mangsa-mangsa mereka.Teruskan membaca untuk mengetahui tentang 10 orang pembunuh bersiri paling menakutkan yang pernah ditangkap!1. John Wayne GacyJuga dikenali sebagai ‘badut pembunuh’, dia seorang suami dan ayah, tetapi dia juga merupakan pesalah seks berulang yang memangsakan ramai orang semasa hayatnya. Dia ditangkap kerana menyerang secara seksual dua orang remaja lelaki pada tahun 1968 dan dihukum penjara 10 tahun, tetapi kerana sikap yang terbilang sebagai banduan, dia dibebaskan di bawah parol selepas dipenjarakan selama 18 bulan.Sebaik saja dibebaskan dari penjara, Gacy berkahwin semula buat seketika (kemudian bercerai apabila bekas isterinya mendapat tahu dia seorang homoseksual) dan menjadi anggota masyarakat yang disenangi dan popular. Dia gemar berpakaian sebagai ‘si badut Pogo’ dan sering menawarkan khidmat sebagai badut secara sukarela di parti kanak-kanak, perarakan atau perjumpaan komuniti yang lain.Dalam enam tahun di antara waktu dia dibebaskan dari penjara dan ditangkap semula kerana disyaki menculik, Gacy membunuh 33 orang pemuda. Dia menanam mayat-mayat mereka di rumahnya, di halaman rumah dan membuang mayat mereka di sebuah sungai berdekatan. Mangsanya terdiri dari pengembara, pelacur lelaki serta pemuda dan remaja lelaki yang yang diumpan untuk masuk ke dalam keretanya atau rumahnya. Dia kemudiannya akan menyeksa, merogol dan membunuh mereka.Selepas dia ditangkap semula, polis menjumpai tulang manusia di ruang bawah tanah rumahnya. Gacy membuat pengakuan penuh tentang pembunuhan-pembunuhan yang telah dilakukannya dan dia telah dihukum mati pada tahun 1994. 2. Jeffrey DahmerJeffrey Dahmer ialah antara pembunuh bersiri paling ditakuti dalam sejarah Amerika Syarikat. Dalam tempoh 13 tahun, Dahmer membunuh 17 orang pemuda dan remaja lelaki, dan yang paling teruk, pembunuhan yang dilakukan oleh Dahmer melibatkan rogol, pemotongan anggota badan, nekrofilia dan kanibalisme.Walaupun beberapa orang mangsa Dahmer berjaya melepaskan diri, dia tidak ditangkap sehinggalah salah seorang mangsanya yang berlari di jalan raya berjaya menahan sebuah kereta polis. Di dalam apartmentnya, polis menemui beberapa perkara yang menimbulkan ‘ketergangguan’, iaitu Dahmer mencipta hamba seks yang tidak melawan dengan menggerudi kepala mangsanya yang masih hidup. Apabila mereka mati, Dahmer akan melakukan ‘upacara’ dengan mayat mereka, termasuk serangan seksual dan dalam sesetengah kes, dia akan makan anggota mayat tersebut.Dahmer akhirnya dibawa ke muka pengadilan, dan pada 28 November 1994 dia dibelasah sehingga mati oleh rakan banduannya di Pusat Pemulihan Columbia, di mana mayatnya dibakar.Lagi 8 orang pembunuh bersiri dengan membaca entri ini sepenuhnya.… Bersambung
Read full article

(7 GAMBAR)Latihan Ketenteraan Polis China Yang Hebat

Januari lepas, Presiden China, Hu Jintao, mengarahkan yang untuk meningkatkan tahap kecergasan, pegawai polis China perlu menjalani latihan ketenteraan. Nampaknya arahan beliau sudah mula dipatuhi oleh pihak polis, dan beginilah cara terbaru
Read full article

(6 GAMBAR)Pesona Pagi Di Planet Marikh

Bagaimana agaknya pemandangan pagi di planet Marikh? Gambar-gambar yang menarik ini hasil projek tangkapan kamera High Resolution Imaging Science Experiment (HiRISE) yang mengembara ke planet Marikh. Mungkin satu hari nanti umat manusia akan
Read full article