Hm. Pemilik-pemilik haiwan ini mungkin ada banyak masa terluang. Layan!

Hm. Pemilik-pemilik haiwan ini mungkin ada banyak masa terluang. Layan!

Tetamu di resort perkhemahan Pfronten di Jerman mempunyai pilihan untuk tidur di antara pokok-pokok dalam khemah yang tergantung.
Di waktu siang, para keluarga boleh mengembara melalui halangan-halangan yang menyeronokkan dan mencabar dengan 75 seksyen [termasuk luncur papan atas pokok].
Ia ialah sebuah kafe yang berbeza. ‘Pelayan’ anda tidak perlu berbuat apa-apa, hanya merayau seolah-olah kafe itu mereka yang punya. Malah mungkin bulu mereka akan terbang masuk ke dalam minuman kopi anda pula.
Untuk ‘kafe kucing’ pertama di Eropah yang dibuka awal bulan ini di Austria, pelanggan menghirup kopi dan teh mereka ditemani oleh kucing-kucing comel bernama Sonja, Thomas, Moritz, Luca dan Momo yang bersedia untuk duduk di riba para pelanggan atau melepak di bawah kerusi.
Takako telah mengambil masa tiga tahun untuk berunding dengan dan meyakinkan pihak perbandaran di Austria yang kafe yang diberi nama “Café Neko” itu bersih dan selamat untuk para pengunjung.
Tapi bukan isu kebersihan saja yang mungkin tidak disenangi sesetengah pihak, kerana terdapat penyataan tegas di pintu masuk “anjing tidak dibenarkan”. Jadi sudah tentu ada peminat anjing di Austria yang ‘meroyan’. LOL
John Wayne Gacy ialah seorang pembunuh bersiri Amerika dan perogol yang menyerang secara seksual dan membunuh sekurang-kurangnya 33 orang remaja lelaki dan pemuda di antara tahun 1972 dan 1978. Gacy menanam 26 orang mangsanya di rumah, menanam tiga yang lain di sekitar rumahnya dan membuang saki baki empat mayat yang lain di sebuah sungai.
Dia didapati bersalah untuk 33 tuduhan membunuh dan dihukum mati untuk 12 pertuduhan. Dia telah dihukum dengan suntikan racun sampai mati pada tahun 1994.

Gacy kemudiannya dikenali sebagai “badut pembunuh” kerana sering berpakaian sebagai ‘si badut Pogo’ di program-program kebajikan, perarakan dan parti kanak-kanak. Gacy juga gemar melukis dan sering melukis gambar-gambar badut. Ini ialah antara koleksi lukisan Gacy yang dikenali.
