Written by serenity | May 10th, 2012

Muzium pembunuhan Tuol Sleng terletak di Phnom Penh, Kemboja. Asalnya, muzium ini ialah sebuah sekolah menengah, yang ditukar menjadi penjara sewaktu komunis bertakhta di Kemboja pada tahun 1975-1979.

Aspirasi Khmer Rouge di bawah pimpinan mendiang Pol Pot ialah untuk menubuhkan negara komunis, dan empat bulan selepas Khmer Rouge memenangi perang sivil pada tahun 1975, penjara Tuol Sleng digunakan untuk memenjara, menyeksa dan menjalankan hukuman bunuh ke atas rakyat Kemboja dan rakyat asing yang dianggap bekerjasama dengan negara asing untuk menakluk Kemboja.

Dari tahun 1975 – 1979, dianggarkan 17,000 orang telah ditahan di penjara Tuol Sleng (juga dikenali sebagai S-21). Ada yang menganggarkan jumlahnya ialah 20,000 orang, tetapi jumlah sebenar tidak diketahui. Dari 17,000 orang ini, hanya 7 orang diketahui terselamat, dan hingga ke hari ini, hanya tiga orang dari angka yang terselamat ini masih hidup.


Photobucket
PhotobucketCerita dari mangsa yang terselamat bukanlah cerita yang enak didengar. Kebanyakan yang ditangkap ialah individu berpelajaran tinggi dan bekas pegawai-pegawai kerajaan, serta keluarga mereka. Gambar-gambar mereka pula ditangkap oleh seorang jurugambar yang pada masa itu seorang remaja yang benama Nhem En. Rejim Khmer akan memaksa mereka yang ditangkap untuk mengakui yang mereka ialah ejen CIA atau KGB atau Vietnam,  dengan menyeksa mereka sehingga menandatangani pengakuan.

PhotobucketPhotobucketSelepas mendapat pengakuan, banduan tadi akan dibunuh. Pihak Khmer tiada belas kasihan kepada wanita, kanak-kanak atau bayi: kesemuanya dibunuh dan diseksa dengan kejam. Banduan dipakaikan rantai kaki, dipaksa hidup dalam keadaan sempit, dipaksa makan najis atau minum air kencing sebagai kaedah penyeksaan, dibelasah dengan teruk dan adakalanya dipukul dengan besi, parang atau apa jua senjata sampai mati. Ada masanya mereka dipaksa menjadi subjek ujian perubatan untuk pembedahan yang menyebabkan kematian mereka.

Tanah di sekeliling penjara Tuol Sleng menjadi sesak dan tidak lagi dapat menampung mayat-mayat, jadi pihak penjara kemudiannya membawa banduan-banduan ke padang penghapusan Choeung Ek, di mana banduan tadi dipukul dengan besi atau senjata beramai-ramai, kemudiannya mayat mereka ditimbus di situ.

 
 
Written by serenity | May 10th, 2012

Perkampungan kecil Oradour Sul Glane di Perancis kini ialah sebuah tempat yang menyeramkan. Semasa Perang Dunia Ke-II pada tahun 1944, 642 penduduk dibunuh beramai-ramai oleh tentera Jerman kerana membalas dendam akibat tindakan-tindakan kerajaan Perancis yang menyokong pakatan Paksi. Jerman waktu itu sebenarnya berniat menyerang Oradour Sul Vayres, tapi akhirnya mereka menyerang perkampungan kecil tersebut pada tanggal 10 Jun 1944.

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketMengikut keterangan satu-satunya wanita yang terselamat, kesemua wanita dan kanak-kanak dikurung dan dikunci dalam sebuah gereja, manakala yang lelaki dikurung di enam buah bangsal. Barang-barang milik penduduk kampung dirampas. Askar-askar Jerman kemudiannya membakar gereja itu. Wanita dan kanak-kanak yang cuba keluar melalui tingkap pula ditembak.

Manakala kesemua yang lelaki ditembak di bahagian kaki terlebih dahulu. Ada antara mereka yang mati kerana kehilangan darah. Kemudian bangsal yang mengurung mereka juga dibakar.

PhotobucketPhotobucketWanita yang terselamat itu bernasib baik kerana berjaya menyembunyikan diri dalam semak sehingga diselamatkan keesokan harinya walaupun cedera ditembak. Kesemua bangunan di kampung itu dirosakkan atau dimusnahkan.

Charles de Gaulle, presiden Perancis memutuskan selepas Perang berakhir, yang kampung itu tidak akan dibina semula sebagai bukti kekejaman tentera Nazi. Kini ia hanya dikunjungi pelawat yang mendakwa kawasan itu suram lagi menyeramkan. Yang paling menarik, tidak ada satu pun dari pegawai tertinggi tentera Jerman yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan itu berjaya disabitkan kesalahan (di dunia).- AmazingNara.com

***

Tanah Melaka tanah pusaka,
Tempat lahir panglima negara,
Wahai pemudi juga pemuda,
Bangunlah kamu mempertahankan negara.


Datanglah beramai-ramai ke Bazar Seni Industri Budaya, di Perkarangan Panggung Bandaraya, Jalan Raja, Kuala Lumpur pada 12 dan 13 Mei ini (Sabtu dan Ahad) untuk menyaksikan demonstrasi seni dan kebudayaan negara kita. Untuk maklumat lanjut, like Fanpage Bazar Seni!

Written by serenity | May 10th, 2012

Kedengaran pelik, bukan? Tetapi hakikatnya makhluk seperti ini memang wujud. Lintah laut dalam gambar di bawah contohnya, bernama Eastern Emerald Elysia. Ia hidup di kolam-kolam cetek di sepanjang pantai Atlantik di Amerika Utara, pada asalnya bukan berwarna hijau. Namun jika ia mula makan alga, walau sekali saja seumur hidupnya, ia akan bertukar menjadi makhluk yang berfotosintesis dan boleh menghasilkan klorofil sendiri.


Photobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketTumbuhan tidak makan kerana menghasilkan makanan sendiri. Anda belajar ini dalam subjek sains paling asas semasa di sekolah rendah. Yang menarik ialah, sekali saja lintah laut ini makan alga, ia tidak lagi perlu mencari makanan, seperti tumbuhan ia juga menghasilkan makanan sendiri. Jadi ia hanya perlu melepak di bawah cahaya matahari sepanjang hidupnya. Jangan jeles, kay?

***

Bazar Seni Industri Budaya akan diadakan buat kali ketiga pada 12 dan 13 Mei ini (Sabtu dan Ahad) mulai 2.30 petang hingga 10.30 malam di perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian, seperti jualan produk budaya masyarakat Malaysia, pameran, persembahan, demonstrasi dan bermacam aktiviti menarik.
Terdapat juga pertandingan permainan tradisional dan program pencungkilan bakat. Anda dijemput untuk hadir memeriahkan bazar di samping membeli-belah pelbagai produk budaya. Untuk maklumat lanjut, like fanpage Bazar Seni!

Written by serenity | May 9th, 2012

Polis Diraja Malaysia melalui fanpage ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi beberapa minit lepas tentang video viral beberapa jam lepas yang menunjukkan seorang wanita sedang mendera seorang bayi.

STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :

Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Tahniah atas keprihatinan yang anda semua tunjukkan berhubung kes ini, ini menunjukkan rakyat Malaysia masih mempunyai jati diri, keperimanusiaan dan moral yang tinggi dan semoga kita semua dapat mengekalkan jati diri ini.

Written by serenity | May 8th, 2012

Masih ingat dengan Meow, si kucing gemuk yang comel? Kami ada membuat entri tentang Meow sebelum ini.

Mary Martin, jurucakap bagi pihak Santa Fe Animal Shelter and Humane Society beberapa jam lepas telah mengemaskini status di Facebook yang kucing dengan berat 39 paun itu telah mati kerana masalah pernafasan.

Untuk pengetahuan anda, masalah obesiti binatang peliharaan berlaku kerana sikap tuan yang memberi makan kepadanya dalam kadar yang berlebihan dan tidak sepatutnya, bukan kerana selera haiwan itu. Ini ialah kerana haiwan peliharaan hanya makan apa yang diberi tuannya.

Pendedahan mengenai Meow telah memberikan banyak maklumat kepada orang awam tentang pemakanan untuk binatang peliharaan. Jadi anda juga harus maklum yang memberi makan secara berlebihan kepada binatang peliharaan akan mendatangkan mudarat pada haiwan tersebut hingga menyebabkan kematian.

Apa pun, pasti ramai yang akan merindui Meow!

Page 172 of 297« First...102030...170171172173174...180190200...Last »