Written by serenity | May 5th, 2012

Biasanya kita mendengar yang baik-baik tentang individu yang mendaki gunung tertinggi di dunia iaitu Everest di pergunungan Himalaya. Namun sebenarnya, Everest bukanlah gunung yang selamat untuk para pendaki. Menurut forum Bodybuilding.com, terdapat lebih 200 mayat pendaki tersadai di sana. Mereka terpaksa dibiarkan sebegitu saja kerana sukar dibawa turun.
Photobucket
Pendaki Everest sedia maklum tentang keadaan pendakian di Everest. Terdapat satu kawasan yang dipanggil Zon Maut, di mana bekalan oksigen sangat kurang. Sekiranya tidak membawa tangki oksigen, pendaki berdepan kemungkinan kekurangan oksigen yang menyebabkan halusinasi.
PhotobucketKebanyakan kematian berpunca kerana pendaki mengambil keputusan untuk ‘tidur sebentar’ dan mereka kemudiannya tidak bangun-bangun.

PhotobucketDi Zon Maut, ada anggota badan pendaki yang berkemungkinan mendapat ‘frost bite’, iaitu kebekuan yang meyebabkan anggota badan seperti jari jemari menjadi mati.

PhotobucketMayat-mayat yang tersadai ini dibiarkan kerana apabila mendaki, pendaki hanya boleh menjaga diri mereka sendiri. Sekiranya menolong, tenaga dan oksigen perlu ditumpukan kepada pendakian akan digunakan untuk membantu mereka yang pastinya gagal diselamatkan, dan mereka yang cuba menyelamatkan orang lain juga berdepan kemungkinan untuk mati.
Photobucket
Beberapa orang pendaki pernah cuba menyelamatkan seorang wanita yang tersadai di Zon Maut. Wanita itu membuka semua pakaiannya (kemungkinan kerana halusinasi) jadi mereka memakaikan pakaiannya, dan cuba membantunya. Mereka tidak berjaya membawanya bergerak bersama mereka. Selepas sejam, wanita itu tidak sedarkan diri, dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir. Rupanya wanita itu mendaki bersama dengan suaminya. Suaminya cuba untuk mendapatkan pertolongan untuk isterinya yang mengalami kekurangan oksigen (tidak membawa tangki bersama) tetapi terjatuh dari cerun gunung dan mati.
PhotobucketKumpulan tadi tidak terus mendaki, sebaliknya turun, dan kemudiannya mengumpulkan wang semula untuk kembali mendaki Everest bagi memberikan mayat wanita itu pengebumian yang sepatutnya.
Photobucket
Keadaan cuaca yang menghampiri atau kurang dari paras beku menyebabkan kebanyakan mayat tidak mereput seperti biasa. Selama bertahun-tahun, mayat mereka berada dalam keadaan elok, begitu juga dengan pakaian dan gear mereka, jadi mayat mereka kemudiannya digunakan untuk mengukur penanda aras semasa mendaki Everest.

PhotobucketSebagai contoh, ini ialah mayat George Mallory yang jatuh dari cerun gunung pada tahun 1924.

PhotobucketSalah seorang pendaki pernah menyatakan, perkara paling sukar ialah mendaki dan melepasi mayat-mayat terbiar ini.

PhotobucketBagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat pendaki. Perlu diingat, di sebalik lebih 200 mayat ini, ada beribu pendaki yang berjaya menawan puncak Everest. Kata mereka, ‘hidup seperti benar-benar hidup, dan mati melakukan perkara yang disukai, dalam mengejar matlamat. Tiada penyesalan.’

 
Written by serenity | May 4th, 2012

Kadangkala melihat pengemis di tepi jalan, terlihat mereka dengan luka-luka yang nampak agak teruk. Tak tahu juga bagaimana mereka mendapat luka tersebut, tetapi yang nyata, bila kita melihat keadaan begitu kita mudah berasa simpati. Dan simpati inilah yang dipancing oleh pihak yang mengambil kesempatan, malas berusaha sebaliknya mempergunakan simpati orang ramai untuk mengaut untung. Buat pengetahuan anda, dengan sedikit bahan seperti gam dan kosmetik, agak mudah juga menghasilkan luka palsu.


Photobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketMacam-macam cara dibuat oleh orang untuk mencari rezeki mudah. Semoga kita dijauhkan dari gejala ini.

Written by serenity | May 4th, 2012

Ini ialah siri foto kreatif yang dihasilkan oleh jurugambar Jerman, Jan von Holleben, yang menampilkan gambar yang melakonkan adegan dari mimpi-mimpi kanak-kanak dan orang dewasa. Ianya sebahagian dari sebuah projek yang diberi nama “bermimpi terbang”.

Berbaring di atas lantai ialah cara terbaik untuk mengambil gambar orang terbang. Sangat kreatif!


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

 

Written by serenity | May 4th, 2012

Sebuah kontena berisi satu unit Harley-Davidson berplat nombor daerah Miyagi, Jepun ditemui di tepi pantai British Columbia, Kanada. Bangkai Harley itu hanyut sampai ke sana di bawa arus Tsunami kesan gempa bumi di Jepun tahun lalu

Ditemui beberapa hari lepas, Harley-Davidson yang sudah berkarat itu ditemukan oleh seorang warga Kanada bernama Beachcomber Peter Mark, dalam sebuah kontena yang terdampar. Kata Mark kepada CBC News:-

Pintu kontena itu sudah rosak, dan saya melihat sebuah motor Harley-Davidson di dalamnya.

PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketSetelah dikeluarkan, baru diketahui bahawa bangkai Harley-Davidson itu merupakan jenis Softail dengan nombor plat yang didaftarkan di Jepun. Keadaan Harley-Davidson Softail ini dipenuhi karat dan banyak kain serta plastik yang tersangkut di bahagian enjinnya. Di dalam kontena juga ditemui beberapa peralatan golf dan perkhemahan.

Menurut khabar dari jepun, pemilik motor ini terselamat semasa Tsunami dan barang-barang miliknya ini akan dihantar kembali kepadanya.

Written by serenity | May 4th, 2012

Supermoon ialah istilah bulan purnama yang besar dan lebih terang dari bulan purnama yang biasa. Para ahli astronomi menyatakan malam 6 Mei 2012 ini Supermoon akan muncul semula di mana fenomena ini terjadi kali terakhir pada 19 Mac 2011.

Menurut perkiraan ahli astronomi ketika itu bulan hanya berada 336.955 kilometer dari planet bumi. Supermoon pada 6 Mei ini akan lebih indah dan istimewa kerana sedang berada di titik paling dekat dengan Bumi iaitu 336.955 kilometer.

Menurut perkiraan Space.com. pada 6 Mei 2012 nanti bulan akan tampak 16 peratus lebih terang. Namun pada 28 November nanti, bulan akan berada pada titik terjauh dari Bumi. Para ahli astronomi mengingatkan yang tidak ada potensi bahaya yang akan ditimbulkan oleh Supermoon 6 Mei nanti. Tidak akan ada arus pasang dan surut yang ekstrim mahupun gempa bumi.

Page 175 of 298« First...102030...173174175176177...180190200...Last »