Written by serenity | April 5th, 2012

Pada 24 Mac lepas, pukul 8.00 malam, telah berlangsung Majlis Pelancaran Bazar Seni Industri Budaya di perkarangan Panggung Bandar raya, Kuala Lumpur. Bazar ini telah disempurnakan pelancarannya secara bersama oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Haji Salleh Yusup. Begitu meriah sekali pelancaran ini dengan begitu ramai pengunjung yang hadir.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Bazar Seni Industri Budaya ialah sebuah bazar di mana pengunjung boleh membeli belah pelbagai produk kebudayaan dan kesenian seperti barangan kraf kayu, barangan seni khat, seni fotografi, seni lukisan, seni kraf Orang Asli, seni lukisan inai, seni kaligrafi cina, seni kraf Sabah dan Sarawak dan sebagainya. Dalam masa yang sama pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian juga berlangsung di tempat yang sama seperti pencungkilan bakat, demonstrasi dan pertandingan permainan tradisional, demonstrasi pembuatan kraf dan banyak lagi aktiviti menarik. Akan berlangsung buat kali kedua pada 14 dan 15 April ini, Bazar Seni Industri Budaya akan dilaksanakan sekali sebulan untuk sepanjang tahun. Bagi mendapatkan maklumat penuh dan terkini, anda boleh dapatkan di Fanpage Bazar Seni. Lagi 89 gambar boleh anda lihat dengan membaca entri ini sepenuhnya

 
 
Written by serenity | April 4th, 2012

Ada antara gambar-gambar ini bertaraf 13SG, jadi nasihat ibu bapa diperlukan jika membaca entri ini.

Pengeboman Atom Hiroshima dan Nagasaki

Gambar di atas memaparkan satu-satunya peristiwa penggunaan aktif bom-bom atom dalam sejarah manusia. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menjatuhkan dua buah bom atom ke atas bandar-bandar Jepun, Hiroshima dan Nagasaki. Kesannya, 90,000 hingga 160,000 orang terbunuh di Hiroshima dan 60,000 hingga 80,000 di Nagasaki.

Hukuman Bunuh Ke Atas Seorang Tentera Vietcong

Foto di atas bertajuk “Jeneral Nguyen Ngoc Loan menghukum seorang banduan Viet Cong di Saigon”, dan dianggap antara gambar-gambar paling terkenal dalam sejarah kewartawanan. Jurugambar Amerika, mendiang Edward Adams dianugerahkan hadiah Pulitzer bagi gambar yang menunjukkan Ketua Polis Nasional Vietnam Selatan, melaksanakan hukuman bunuh ke atas seorang tentera Vietcong.

Lagi 8 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Sekiranya anda mempunyai bakat seni: jenaka, bermain muzik, menari atau apa saja, anda berpeluang untuk menampilkan bakat anda di Bazar Seni Industri Budaya. Hadir ke perkarangan Panggung Bandaraya pada pukul 2.30 petang, 14 dan 15 April 2012 (Sabtu dan Ahad) ini untuk menyerlahkan bakat anda. Hubungi Rahmat di 03-2052 3600 untuk pendaftaran / keterangan lanjut atau like Fanpage Bazar Seni.

 
Written by serenity | April 4th, 2012

Kadang-kadang sesetengah orang mahupun haiwan ditimpa malang, dan kadang kala sempat pula saat-saat malang tersebut dirakam dalam kamera. Lebih malang lagi kalau saat malang anda dimuat naik ke Facebook dan ditag pula. Hehe.
Photobucket

Sertai Pertandingan Congkak di Bazar Seni Industri Budaya. Hadiah menarik menanti anda. Hadir pada pukul 4.00 petang, 14 dan 15 April 2012 (Sabtu dan Ahad) ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur untuk menyertainya. Hubungi Hamidi di 03-2052 3600 / 3666 untuk pendaftaran / keterangan lanjut atau layari Fanpage Bazar Seni. “SEMARAKKAN SENI BUDAYA”

PhotobucketLagi 7 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by afique | April 3rd, 2012

Seperti yang semua tau Syarikat Google adalah sebuah syarikat gergasi di dunia..Ramai orang ingin bekerja dengan google kerana mereka menawarkan makanan percuma,tempat bersenam,potong rambut profesional dan lain-lain di pejabat mereka di California.Selain daripada menawarkan makanan percuma pasti semua nak tau berapa gaji dan insentif yang mereka dapat..anda boleh search sendiri jika anda tidak percaya .

Berikut adalah gaji pekerja Google yang cukup menarik :

  • Google Programmer di Phoenix -$ 174,000 setahun
  •  Google Programmer in California – $ 197,000 setahun
  • Google Programmer in Chicago – $ 222,000 setahun
  • Google Programmer in New York – $ 242,000 Setahun

Itu baru saja gaji..Google juga menawarkan :

  • Google akan membayar $8000 jika anda mahu sambung belajar.
  • Jika anda menawarkan rakan anda untuk menjadi staff di Google dan boleh bertahan dalam tempoh 60 hari,Google akan membayar  $ 2,000 dekat anda.
  • Jika mengambil anak angkat,Google akan memberikan $5000 untuk kos legal dan kos.
  • Kira-kira 1,000 orang pekerja Google menpunyai saham bernilai $5 Juta Dollar
  • Menurut New York  Times,setiap pekerja yang bersama google untuk setahun saja memiliki nilai lebih dari $250,000

Sumber dari Indeed & New York Times.

Page 182 of 298« First...102030...180181182183184...190200210...Last »