Kalau nak cerita pasal perkara ajaib ni susah nak diterangkan..baik kita layan je gambar-gambar ubi yang ajaib ini..
Seronok kalau kita ada bilik komputer yang canggih di rumah..Jom kita tgk bilik komputer yang mana menjadi pilihan anda ..
Tajuk macam tu sebab kami kasi gempak sahaja. Tapi video di mana lelaki yang sedang lalu di sebuah taman di Kanada ‘diserang’ seekor angsa kerana laluan tersebut berdekatan sarangnya ini memang kelakar. Kelakar kerana lelaki ini cuba melawan, lalu terjadilah pertarungan antara dua makhluk mamalia dan burung yang menghiburkan.

Kami rasa lelaki itu patut berlawan dengan makhluk yang sama saiz dengannya sajalah. Hehe.
Oleh: Noorariza Mohd Azahari
Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah ialah salah sebuah program di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Kerajaan Negeri telah meluluskan tanah rizab di Batu 2 Jalan Penampang seluas 1.3 hektar pada 04 Oktober 2001 untuk pembinaan Kompleks JKKN Sabah.

Kompleks ini mula dibina pada 13 Disember 2007 yang perlu disiapkan pada 20 Mei 2009. Reka bentuk kompleks ini diilhamkan dari konsep ciri-ciri rumah tradisional etnik Sabah. Struktur bumbungnya daripada etnik Bonggi dan perabungnya menerapkan motif etnik Bajau Semporna dan Iranun yang dikenali sebagai Tudjah dan Layang-layang. Gabungan pelbagai motif yang menghiasi keseluruhan ruang bangunan ini ialah dari etnik Kadazan Dusun-Murut.
Struktur dinding dan pintu gerbangnya menggambarkan rumah panjang etnik Rungus. Tingkap kaca yang diimport dari Australia bermotifkan bunga Rafflesia adalah bunga terbesar di Asia Tenggara terdapat di Kundasang.
KEMUDAHAN
Bangunan Kompleks JKKN Sabah terbahagi kepada 3 blok iaitu Blok Pentadbiran, Blok Auditorium dan Blok Latihan. Ianya menyediakan pelbagai kemudahan untuk membantu penggiat seni dan budaya berserta masyarakat setempat menyemarakkan seni budaya tanah air khususnya di Negeri Sabah. Di antara kemudahan yang disediakan ialah :-
• Auditorium : 571 tempat duduk
• Bilik Seminar : 95 tempat duduk
• Studio Tari : 2 bilik
• Studio Teater : 1 bilik
• Studio Muzik : 1 bilik
• Bilik Audio Visual : 40 tempat duduk
• Gelanggang Gasing
• Pentas Terbuka
• Pusat Sumber
• Galeri
• Bilik Mesyuarat Badan Bukan Kerajaan
Bagi rakyat Sabah mahupun pelancong yang sekarang ini berada di negeri Sabah, Majlis Perasmian Kompleks Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sabah pada hari ini, 31 Mac 2012 (Sabtu) akan disempurnakan secara bersama oleh Datuk Seri Panglima Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman.
Acara akan bermula seawal jam 7.00 pagi hingga jam 9.00 malam bertempat di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah, Jalan Tasik, KM 4, Jalan Penampang, Kota Kinabalu. Terdapat pelbagai acara menarik menanti anda bermula 31 Mac hingga 1 April seperti persembahan pentas, drum line, permainan tradisi, pertandingan gasing, pencungkilan bakat nyanyian dan tarian ‘shuffle’, pertandingan gusti lengan serta banyak lagi.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi JKKN Sabah di talian 088 237052/051 atau layari www.jkkn.gov.my
Miss Universe Canada tahun ini dipalit kontroversi apabila buat pertama kalinya dalam sejarah, Jenna Talackova, seorang lelaki, didapati menyelitkan diri sebagai peserta Miss Universe.
Walaupun peserta yang bernama Jenna Talackova ini telah menukar jantinanya pada lelaki, jawatankuasa masih mengekalkan keputusan yang peserta itu dikeluarkan dari pertandingan.

Dia tidak boleh menyertai pertandingan ini walapun secara fizikalnya dia layak. Kami menghargai tujuannya, serta sikap nekadnya dan berharap yang terbaik untuknya.
Dan biarpun keputusan jawatankuasa itu sebulat suara, ramai yang bersimpati dengan Jenna. Jenna asalnya mendaftar sebagai wanita, tetapi akhirnya mengakui dia ialah seorang lelaki.


Jenna merupakan antara 10 peserta terakhir dalam pertandingan Miss International Queen di Thailand pada tahun 2010. Dia melakukan pembedahan menukar jantina semasa berusia 19 tahun.
Keputusan jawatankuasa itu memusnahkan harapan lelaki berusia 23 tahun itu untuk mengikut jejak Leila Lopes pada tahun 2011 yang akhirnya dimahkotakan sebagai Miss Universe.
***
Majlis Perasmian Kompleks Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sabah bakal diadakan pada 31 Mac 2012 (esok). Acara akan bermula seawal jam 7.00 pagi hingga jam 6.00 petang bertempat di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah, Jalan Tasik, KM 4, Jalan Penampang, Kota Kinabalu.

Terdapat pelbagai acara menarik menanti anda bermula 31 Mac hingga 1 April seperti persembahan pentas, drum line, permainan tradisi, pertandingan gasing, pencungkilan bakat nyanyian dan tarian ’shuffle’, pertandingan gusti lengan serta banyak lagi. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di talian 088 237052/057 atau 03 2052 3600 / 3702 / 3703 atau melayari http://www.jkkn.gov.my




















