(7 GAMBAR)Cafe Neko, Kafe Kucing Pertama Di Eropah

Ia ialah sebuah kafe yang berbeza. ‘Pelayan’ anda tidak perlu berbuat apa-apa, hanya merayau seolah-olah kafe itu mereka yang punya. Malah mungkin bulu mereka akan terbang masuk ke dalam minuman kopi anda pula.

Untuk ‘kafe kucing’ pertama di Eropah yang dibuka awal bulan ini di Austria, pelanggan menghirup kopi dan teh mereka ditemani oleh kucing-kucing comel bernama Sonja, Thomas, Moritz, Luca dan Momo yang bersedia untuk duduk di riba para pelanggan atau melepak di bawah kerusi.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Pemilik kafe ini, Takako Ishimitsu, berusia 47 tahun berasal dari Jepun, di mana kafe kucing merupakan satu kebiasaaan. Di Jepun, pihak pengurusan tempat tinggal melarang penduduk memelihara haiwan domestik di apartment dan flat, maka ramai yang menghabiskan masa di Kafe Kucing di mana mereka boleh bermain dengan kucing-kucing sambil minum.

Takako telah mengambil masa tiga tahun untuk berunding dengan dan meyakinkan pihak perbandaran di Austria yang kafe yang diberi nama “Café Neko” itu bersih dan selamat untuk para pengunjung.

Tapi bukan isu kebersihan saja yang mungkin tidak disenangi sesetengah pihak, kerana terdapat penyataan tegas di pintu masuk “anjing tidak dibenarkan”. Jadi sudah tentu ada peminat anjing di Austria yang ‘meroyan’. LOL

 
 

(10 GAMBAR)Koleksi Lukisan Pembunuh Bersiri Amerika, John Wayne Gacy

John Wayne Gacy ialah seorang pembunuh bersiri Amerika dan perogol yang menyerang secara seksual dan membunuh sekurang-kurangnya 33 orang remaja lelaki dan pemuda di antara tahun 1972 dan 1978. Gacy menanam 26 orang mangsanya di rumah, menanam tiga yang lain di sekitar rumahnya dan membuang saki baki empat mayat yang lain di sebuah sungai.

Dia didapati bersalah untuk 33 tuduhan membunuh dan dihukum mati untuk 12 pertuduhan. Dia telah dihukum dengan suntikan racun sampai mati pada tahun 1994.

Gacy kemudiannya dikenali sebagai “badut pembunuh” kerana sering berpakaian sebagai ‘si badut Pogo’ di program-program kebajikan, perarakan dan parti kanak-kanak. Gacy juga gemar melukis dan sering melukis gambar-gambar badut. Ini ialah antara koleksi lukisan Gacy yang dikenali.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

 

 

(11 GAMBAR)Pertarungan Singa Dan Badak: Yang Mana Menjadi Santapan Makan Malam?

Memangsa atau dimangsakan. Dalam set gambar yang diambil oleh jurugambar bernama Andy Schoeman, 39, dua ekor singa bertarung dengan seekor badak. Malangnya badak ini masih di peringkat ‘remaja’, dan yang menyerangnya dua ekor singa dewasa.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Pengakhirannya, salah seekor singa melompat dan mencakar belakang badak, manakala yang seekor lagi menyerang dari hadapan. Dua ekor singa ini telah berjaya menterbalikkan badak itu dalam kolam yang cetek dan membuatkannya mati lemas.

Kasihan si badak, menjadi santapan makan malam tiga ekor singa lapar (seekor lagi menyertai makan malam selepas badak itu mati).

Begitulah lumrah hidup di dalam hutan.

 

(11 GAMBAR)Kesan Berjemur Yang Terlampau

Kalau wanita Melayu berlumba-lumba untuk memutihkan kulit, wanita Caucasian pula mahu menggelapkan kulit. Khabarnya, orang-orang Caucasian tidak suka kulit yang kelihatan terlalu pucat. Jadi mereka gemar berjemur atau pergi ke salon jemur untuk menggelapkan kulit.

Tapi ada juga yang ‘terlebih sudah.’


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

***


Kome yang berada di sekitar Kuale Kangsor, jom le datang event JKKN ni hah sempena Festival Hari Guru iaitu Majlis Penyerahan Buku-Buku Terbitan JKKN ke sekolah-sekolah pada hari Selase depan (15 Mei) jam 3 petang kat Padang SMK Clifford..meh le ada Alif Satar (Memang, tak ada lelaki..seperti aku) dan Asmidar (Biar Mimpi Sampai Ke Bintang) leh jumpe dema.