Written by AmazingNara | February 9th, 2012

Tak tahu apa motif papan iklan sebegini ada. Mungkin hendak menunjukkan yang Melaka sudah maju. Harap tiada motif politik di sebaliknya. Kalau hanya perbandingan untuk memajukan negeri sendiri, itu sesuatu yang bagus.

papan iklan

Mari kita sama-sama majukan Malaysia. Apa pun tahniah kepada orang Melaka kerana mendapat status negeri maju. Semoga Kelantan pun bakal dapat jugak suatu hari nanti.

 
Written by serenity | February 9th, 2012

10 lelaki ini kacak dan berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Tetapi mereka juga sebenarnya dilahirkan sebagai perempuan.
1.Balian Buschbaum

Balian Buschbaum dilahirkan pada 1980 sebagai Yvonne Buschbaum, dan merupakan seorang bekas gimnas kebangsaan Jerman. Walaupun dia wanita kedua terbaik sebagai Pole Vaulter di Jerman, pada 2007 Buschbaum mengumumkan persaraannya kerana kecederaan yang berterusan. Pada tahun 2008 menukar jantinanya untuk menjadi seorang lelaki. Lagi 9 gambar selepas jump.

 
Written by serenity | February 9th, 2012

Ayam telah dipelihara secara domestik selama beribu tahun. Haiwan ini ialah sejenis burung yang biasa dan mudah didapati, dan populasi terkininya mencecah 24 bilion. Ayam dipelihara secara utamanya untuk bekalan makanan manusia, untuk kedua-dua daging dan telurnya. Di sini dikompilasikan jenis-jenis atau baka ayam yang nampak agak aneh:

1. Silkie

Silkie dikenali kerana sikapnya yang pasif. Silkies besar kemungkinan berasal dari China atau negara Asia Tenggara. Ia diberi nama Silkie kerana bulunya yang lembut yang apabila disentuh, seperti sutera. Ayam Silkie juga memiliki kualiti aneh yang lain, seperti daging berwarna biru tua, dan tulang serta balung biru. Lagi 11 gambar selepas jump.

***

 
Written by serenity | February 9th, 2012

Negara-negara Eropah ialah negara pengeluar gajet terbesar di dunia. Salah satu pengeluar gajet paling mahal ialah GRESCO, sebuah syarikat Russia.

Selepas kejayaan GRESO dengan gajet terdahulunya, kini GRESCO telah mengeluarkan gajet terbaru yang mahal, iaitu cakera flash. Ia mempunyai dua jenis model, iaitu bentuk segi tiga (Labyrinth) dan bintang (Constellation). Setiap satunya mempunyai siri penyimpanan data sebesar 192 gb dan kelajuan 2.0.

Segi tiga pada cakera tersebut dibuat dari kayu terpilih Afrika yang telah disimpan selama 200 tahun.
Ini untuk memberikan cakera itu nilai sejarah. Manakala untuk jenis USB Flash Bintang, ada 3 jenis yang mengandungi ciri storan dari 64 gb hingga 192 gb. Bekasnya dibuat dari kayu dengan rekaan dekoratif berlian dan emas putih 18K. Model ini hanya dikeluarkan sebanyak 99 unit sahaja dan dijual pada harga lebih kurang RM 25,000. Sumber.

***

Buat julung kalinya Fiesta Seni Budaya Perak (FSBP) 2012 akan diadakan di negeri Perak. Matlamat tetap jitu iaitu menyemarakkan seni budaya dalam kalangan masyarakat terutama rakyat di negeri Perak. Pendekatan JKKN Perak dan Kerajaan Negeri Perak melalui Majlis Kebudayaan Negeri bertujuan memperkenalkan produk seni budaya melalui elemen seni muzik, teater, tari, visual, kraf tangan dan pelbagai elemen seni lain lagi. Fiesta ini aka berlangsung selama 3 hari iaitu  17-19 Februari (Jumaat -Ahad),  10.00 pagi- 10.00 malam di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh, Perak.

Keterangan lanjut berkenaan program ini boleh menghubungi pihak Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Perak di talian 05-2537001, Puan Fairus binti Alias.

Page 213 of 300« First...102030...211212213214215...220230240...Last »