(3 Gambar) Coklat Bar Terbesar Di Dunia.

Bar Coklat yang terbesar didunia.Buku Guinness Rekod diperakui yang 9702 paun (4.410 kilogram).Ia telah dibuat oleh kilang Candy Grand dan mengandungi semua bahan-bahan semula jadi,termasuk 70 jisim koko.

Pemilik kilang Karen Vardanyan,berkata bahawa coklat telah dihasilkan untuk meraikan ulang tahun ke 10 syarikat itu

Fuh. Nie kalau makan nie 10 tahun pun tak habis kot.

 
 

(GAMBAR)Hublot Hasilkan Jam Tangan Termahal Di Dunia

Pengeluar jam tangan Swiss iaitu Hublot Rabu lepas telah mendedahkan apa yang dipercayai jam tangan paling mahal di dunia. Jam tangan terbaru itu dengan tag harga RM 15 juta, menyinar dengan jumlah berlian seberat 140 karat yang ditatahkan antara emas putih. Terdapat 1,292 butir berlian pada jam tersebut, dengan enam butir daripadanya mempunyai berat lebih dari tiga karat setiap satu.

Berlian memenuhi keseluruhan muka jam dan juga tali jam, menyerlahkan imej lebih sebagai barang kemas daripada aksesori praktikal.Presiden Hublot, Jean Claude Biver berkata sukar untuk menghasilkan jam lebih mahal dari jam Hublot itu, kerana permukaan jam adalah terhad. Menurut beliau lagi, beberapa individu yang tidak boleh didedahkan telah menunjukkan minat untuk membeli jam tangan mahal itu.

Sumber.

 

(GAMBAR)Kacang, Madu, Daging Lembu, Beras, Telur Palsu Dan Pau Basi Dijual Di China

Undang-undang keselamatan makanan yang tidak efektif di China menyebabkan ada rakyatnya yang mengambil kesempatan membuat makanan palsu untuk mengaut untung lebih. Bukan saja meniru  produk keluaran pelbagai syarikat, yang lebih menarik makanan ciptaan tuhan pun hendak ditiru, tetapi sudah tentu hasilnya tak sama kualiti dengan makanan ciptaan tuhan.

Walnut Palsu

Kacang walnut yang sebenar dikeluarkan dari kelongsongnya, dan digantikan dengan ketulan konkrit kecil dan kemudian kelongsong tadi digam kemas. Untuk menyempurnakan ‘ilusi kacang’ ini,  konkrit tadi dibalut dengan kertas.

Madu Lebah Palsu

Madu lebah palsu ini mula dikesan pada produk madu yang dilabel secara palsu dan dihantar melalui India ke Amerika Syarikat. Ia ialah hasil mencampurkan air gula, pemanis malt, sirap beras atau jagung, gula tidak ditapis dan pengawet yang lain dengan hanya sedikit kandungan madu lebah asli.

Daging Lembu Palsu

Membuat daging lembu dari daging ayam dan daging babi kemudian meletakkan harga paling mahal sering berlaku di China. Nak membuat daging lembu palsu ini pun tidak sukar, hanya memerapkan daging ayam atau babi tadi dengan sedikit ekstrak daging lembu gred tinggi dan ejen penyadur selama 90 minit. Campuran ‘bahan perap’ ini sangat berbahaya. Ia didapati boleh meracun organ manusia secara perlahan, menghasilkan kecacatan dan juga mungkin kanser.

Beras Palsu

Pihak berkuasa Singapura telah melaporkan terdapat beberapa syarikat di China yang menghasilkan beras dari plastik resin, kentang dan keledek. Dalam keadaan mentah, beras palsu ini kelihatan asli, tetapi apabila dimasak, ia akan menjadi keras dan liat. Makan tiga mangkuk nasi palsu ini sama kadar dengan makan sehelai beg plastik, kata seorang pegawai dari Persatuan Restoran Cina Singapura.

Telur Faux

Telur buatan manusia dihasilkan dari bahan kimia, asid alginik, potassium, kalium klorida, gelatin, parafin, pewarna tiruan dan air, dijual seolah ianya telur asli.  Ianya direbus dalam air kencing budak lelaki dan kulit telur pula dibuat dari kapur.  Tambah merosakkan, cara membuat telur palsu ini boleh didapati dari pelbagai laman sesawang. Adalah dikatakan yang telur buatan manusia ini nampak seperti telur asli, tetapi apabila dimasak, kuning telur akan melantun. Makan makanan tiruan yang menjijikkan ini secara berterusan boleh mengakibatkan amnesia dan kemurungan.

Pau Kitar Semula

Pau yang telah basi tetapi dipakejkan semula untuk dijual ialah satu lagi  masalah di China. Sesetengah kedai barangan keperluan harian dikatakan menghantar kembali pau yang tidak laku kepada pembuatnya: syarikat makanan Shanghai Shenglu, di mana pau basi tadi dimasukkan dalam campuran air, tepung dan pewarna kuning yang tidak diluluskan bersama pemanis tiruan. Pau tadi kemudian dibungkus dan dijual semula. Tindakan undang-undang telah diambil kepada pengarah syarikat tersebut oleh kerajaan China dan 30,000 unit pau basi mereka telah dikeluarkan dari semua rak-rak kedai.

Lepas ini apa pula, ayam palsu kot? Hehe.

Sumber.

 

(GAMBAR)Serangga Terbesar Di Dunia Ditemui Di New Zealand

Pengembara, Mark Moffet telah menemui serangga paling besar di dunia, sangat besar, sehingga ia boleh makan seketul lobak merah. Bekas renjer hutan, Mark, 53. menemui serangga weta gergasi itu di atas pokok akhir tahun lepas dan serangga itu telah diisytiharkan sebagai paling besar di dunia. Dia menemui serangga yang hampir kelihatan seperti reriang rimba itu, dengan sayap selebar 7 inci, selepas dua hari mengembara di Litte Barrier Island, New Zealand.

Mark telah memberi serangga betina itu makan sebatang lobak merah, dan ia makan perlahan-lahan. Menurut Mark, mereka berhati-hati kerana tidak mahu serangga itu mendapat masalah penghadaman, memandangkan ia ialah spesis teracam. Mark dan kawan-kawannya telah mengambil gambar serangga itu, sebelum meletakkannya kembali ke atas pokok.

Sumber.