Written by Ottel | March 7th, 2014

Pengeluar jenama gergasi sukan dunia, Nike dan Adidas mengishytiharkan perang secara rasmi apabila mengeluarkan kasut ‘revolusi’ yang hampir sama.

Adidas lebih awal beberapa jam berbanding produk sukan Amerika Syarikat itu dengan memperkenalkan edisi terhad Primeknit FS yang merupakan ‘teknologi’ baru dalam bola sepak kepada umum menerusi laman Twitter mereka.

Produk terbaru itu kelihatan seperti kasut ‘high cut’ yang sebenarnya dilengkapi dengan stokin hibrid primeknit.

Ia merupakan kasut bola sepak pertama di dunia seumpamanya yang disulam dan dilengkapi stokin hibrid.

‘Stokin bayang’ yang direka untuk memberikan keselesaan untuk disarung dengan sempurna.

Ciri-cirinya termasuk tahap baru fleksibiliti dan keselesaan dengan kestabilan dan kekuatan sama dengan but konvensional.

“Bola sepak tidak akan sama lagi’, demikian slogan yang dibawakan Nike ketika melancarkan but baru mereka yang dikenali sebagai Magista di Barcelona.

Nike dalam perlancarannya membawa bintang Barcelona, Andres Iniesta sebagai tarikan utama dalam majlis perkenalan di Sepanyol.

“Bentuk kasut ini sungguh unik dan saya tidak rasa seperti memakainya,” kata Iniesta yang menyarung but berwarna kuning terang dan merah.

“Ia memberikan saya pergerakan naluri yang saya perlukan dan memberikan keyakinan yang lebih.

“Kasut ini memberikan kelainan daripada apa yang pernah kita saksikan.”

Iniesta menjelaskan dia telah diberi peluang untuk mencubanya beberapa kali dan ianya sangat berbeza dari segi fabrik, sulaman dan juga stokin.

“Apa yang penting saya selesa menyarungnya. Apabila mengawal bola ianya begitu positif kerana ia memberi kawalan lebih dekat dengan kaki. Ia mengikut bentuk kaki dan memberikan keselesaan di pergelangan kaki.

“Perbezaan besar mengenai kasut biasa ia seperti memakai sarung tangan di kaki dan inovasinya, saya rasa begitu positif.”

Bagaimanapun Iniesta perlu menunggu untuk menggunakannya secara rasmi di atas padang musim ini. Nike bercadang untuk mula menggunakan Magista dalam final Liga Juara-Juara dan Piala Dunia FIFA Brazil 2014™. — Astro Arena

Written by Ottel | March 7th, 2014

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan pihak pendakwaan kes liwat II untuk mengenepikan pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Tinggi dua tahun lalu atas kesalahan meliwat.

Anwar didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas di sebuah kondominium di Damansara.

Keputusan tersebut dibacakan Hakim Balia Yusof dan menegaskan ia adalah keputusan sebulat suara panel hakim.

Balia Yusof yang mengetuai panel berkenaan memberitahu panel integriti bahawa bahan bukti telah dikompromi.

Sebelum itu, mahkamah diberitahu profil DNA pihak ketiga ditemui di bahagian dubur Saiful.

Peguam Anwar, Ramkarpal Singh pula berhujah pihak pendakwa gagal menjelaskan sumber DNA berkenaan semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Anwar didakwa meliwat Saiful pada 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.

Anwar juga dikatakan akan menjalani hukuman selama 5 tahun penjara

update: ‘Anwar Ibrahim dihukum penjara 5 tahun. Tapi dapat ikat jamin. Diikat jamin RM10,000. Pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan” – Malek Hussain

Written by serenity | March 7th, 2014

Kucing boleh belajar melalui pemerhatian. Begitulah yang kelihatan pada kucing ini yang menunjukkan pada anaknya cara untuk minum air.

Ini ialah antara bukti yang anak biasanya mengikut apa yang dilakukan oleh ibu mereka.

Comel, bukan?

Sumber: Imgur

Written by serenity | March 7th, 2014

Pokok yang menghijau, bunga yang berkembang mekar dan burung yang berkicauan–semuanya ialah visual alam yang mendamaikan. Pada waktu pagi begini, alangkah indah jika kita dapat menikmati pemandangan sebegini, namun kebanyakan dari kita terpaksa ke pejabat atau untuk bekerja untuk mencari sesuap nafkah.


 photo bird-photography-sue-hsu-1__880.jpg
 photo bird-photography-sue-hsu-2__880.jpg
Dan inilah kelebihan fotografi. Ia mempu merakamkan suasana indah ini dengan menggunakan kamera dengan bantuan sudut dan pengcahayaan yang betul. Kesemua gambar burung ini ialah hasil bidikan seorang jurugambar benama Sue Hsu.

Lagi 14 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 33 of 422« First...1020...3132333435...405060...Last »