(9 GAMBAR)Pau, Kek, Apam Dan Biskut Dengan Hiasan Karekter Angry Birds

Di Ipoh, sudah ada penjual pau yang menjual pau Angry Bird yang khabarnya laris. Seorang pelanggan mendakwa sukakan pau Angry Bird tersebut kerana rasanya yang sedap dan rupanya yang comel. Ini ialah koleksi gambar pau, apam, kek fondan, kek cawan dan biskut bertemakan Angry Bird.  Gambar yang pertama ini, ialah pau dengan inti kastad jagung:


Photobucket
Kredit gambar: learn2bake.blogspot.com
 

Lagi 8 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
 

Asteroid Meluncur Dekat Dengan Bumi Februari Tahun Depan

Satu asteroid sebesar 150 kaki yang mengorbit Bumi, dipanggil 2012 DA14 akan bergerak begitu dekat dengan bumi. Ia lalu begitu dekat,  sehingga melalui bawah satelit-satelit buatan manusia yang mengelilingi planet kita.

Risiko Impak NASA melaporkan yang peluang untuk batu angkasa itu menghentam planet kita ialah amat rendah, tetapi pada 15 Februari tahun depan ia akan lalu lebih kurang 17,000 batu saja dari permukaan bumi, lebih dekat dari lokasi satelit.

Sekiranya asteroid dengan saiz itu menghentam Bumi, ia akan menyebabkan letupan sehebat letupan nuklear.

Ahli astronomi Amerika Syarikat,  Phil Plait, mengatakan tidak mungkin asteroid itu akan menghentam bumi.

Dia menulis: ‘Asteroid 2012 DA14 hampir pasti tidak akan jatuh di Bumi Februari depan.  Dan saya benar-benar maksudkan ‘hampir pasti’. Kemungkinan untuk impak berlaku amat rendah, hampir tiada kemungkinan. Ini tidak bermakna tidak akan ada impak sampai bila-bila, tetapi buat masa sekarang, kita semua selamat.’

Sumber.

 

(VIDEO)Trailer Game Of Thrones Season 2 Memang Buat Diri Ini Teruja

1 April 2012 ini akan menyaksikan season kedua Game of Thrones ditayangkan. Abang Nara dah layan season first. Memang awesome gila cerita ini. Bila tengok trailer 2nd season, keterujaan itu makin bertambah.

Tak sabar rasanya nak menanti. Ada sesiapa kat sini yang layan Game of Thrones?

 

(VIDEO)Cipta Rekod Dunia Penyelesaian Kiub Rubik…Dengan Mata Tertutup

Orang kata kalau tahu tricknya, senang saja nak selesaikan kiub rubik. Kami tidak tahu metodnya, jadi tidak pernah berjaya selesaikannya. Tetapi Marcell Endrey, yang sememangnya pakar dalam hal ni, ‘kacang saja’ menyelesaikannya.

Beberapa hari lepas, Marcell telah mencipta rekod dunia masa penyelesaian kiub rubik, iaitu 28.80 saat dalam sebuah pertandingan. Tapi yang lebih best, Marcell melakukannya dengan mata tertutup dengan kain hitam. Ikuti video Marcell mencipta rekod dunia: