Budak Korea Umur 15 Tahun Nyanyi Lagu Adele Macam Adele Sebijik

Tajuk entri ini memang agak mengelirukan. Kesimpulan yang cuba dibawakan ialah budak Korea di dalam video di bawah ini masih berusia 15 tahun dan mampu menyanyikan lagu Adele “Rolling In The Deep” Hampir sama 100% dengan penyanyi asalnya. Hebat kan? Ternyata orang Korea memang agak tinggi bakat seninya.

By the way, siapa kat sini layan cerita-cerita drama Korea? Nak jugak tahu kot-kot ramai pengikut dunia hiburan Korea. Bolehlah kami update lebih banyak video-video Korea di blog ini.


(GAMBAR)Wanita Tercantik Di Dunia?

Orang kata wanita tercantik di dunia ialah Aishwarya Rai. Agak menarik kerana kebanyakan orang Barat masih memilih seorang wanita Asia sebagai wanita tercantik di dunia. Sebuah laman web barat bagaimanapun menyatakan yang wanita tercantik di dunia ialah Shaima Al-Hammadi, seorang pengacara televisyen dari Oman. Menurut laman itu, Shaima lebih cantik dari Aishwarya.


Photobucket

Solekan Shaima dibuat oleh pusat kecantikan Al-Lilac dan jurufotonya ialah Abdulla Al-Suwaidi. Lagi 7 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Teruskan Membaca Gosip Ini Sepenuhnya

(VIDEO)Gagak Yang Hobinya Meluncur Salji Di Atas Bumbung

Saya ialah seekor gagak. Bulu saya hitam. Hobi saya di masa lapang, ialah…meluncur salji di atas bumbung rumah orang.

Anda jangan buat pula di rumah, nanti runtuh bumbung rumah anda. Luncur salji kat atas tanah je ya adik-adik. Sekian dari saya.

Yang benar,
Gagak Awesome.

Malaysia Bakal Jadi Pengeluar Kondom Terbesar Tahun Ini

Kagum dibuatnya mendengar berita yang Malaysia bakal menjadi pengeluar kondom terbesar pada tahun ini. Sebelum ini, takhta nombor 1 dipegang oleh Thailand. Namun akibat musibah banjir yang melanda Thailand, kini negara kita sedang mengejar dengan rapat.

condom

Pengeluar utama Asia – Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang konservatif seperti India. Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005. Banyak gila kan?

P.S: Bukan salah kondom gejala seks bebas berleluasa. Salah orangnya.

(VIDEO)Ongbak Rindu – Parodi Ombak Rindu Yang Best

Inilah parodi filem Ombak Rindu yang dihasilkan oleh Iman Syippo mengenai kisah cinta agung (agung keww?) yang berjudul Ongbak Rindu:

Yang nyata memang mengalirkan air mata…..kerana ketawa. Dik, boleh join program Raja Lawak ni!~Hehe