(GAMBAR)Tiga Beradik Yang Dijangkiti ‘Sindrom Serigala’

Ia ialah sejenis penyakit yang paling jarang ditemui di dunia, menjangkiti seorang dalam satu bilion orang sahaja. Bagaimanapun, mungkin sudah takdir ilahi, tiga orang adik-beradik perempuan telah dilahirkan dengan sejenis penyakit yang dipanggil ‘sindrom serigala jadian’ – di mana tubuh mereka dipenuhi bulu tebal.

Savita, 23, Monisha, 18, dan Savitri Sangli, 16,  yang tinggal di sebuah kampung kecil digelar Pune, India tengah, mewarisi penyakit hypertrichosis universalis dari bapa mereka.

Ketiganya cuba untuk mengawal pertumbuhan bulu-bulu dengan menggunakan krim dan berharap suatu hari nanti mereka akan mampu untuk mendapatkan rawatan laser bagi menyahkan terus rambut-rambut yang berlebihan. Ibu ketiga beradik ini, Anita Sambhaji Raut ada enam orang anak perempuan, tetapi hanya tiga yang mendapat penyakit tersebut. Ianya berasal dari bapa mereka, yang Anita dipaksa berkahwin dengannya pada usia 12.

Tiga beradik ini sering diejek kerana keadaan mereka, dan Savita yang berusia 23 tahun ada kalanya disuruh berhenti kerja bila bulu-bulu tumbuh di mukanya. Dalam masyarakat kampung, seorang wanita tidak mempunyai prospek yang banyak sekiranya tidak berkahwin dan ibu mereka berkata masih cuba mendapatkan suami untuk anak-anaknya.

“Sekiranya tiada yang mahu berkahwin dengan mereka, mereka perlu belajar untuk hidup sendiri. Selagi saya masih hidup, saya akan terus mencuba.”

Savita, anak perempuan tertua kini menggunakan sejenis krim untuk menghalang pertumbuhan rambut wajahnya berkata, “bila saya bersekolah dulu budak-budak lelaki dan perempuan akan mengejek ‘muka bulu’, ‘muka buruk’; ‘jangan duduk di sebelah dia’.”

“Perkahwinan bukan pilihan untuk kami. Tiada siapa yang mahu berkahwin dengan perempuan yang mukanya asyik ditumbuhi rambut.”

Sumber.

 
 

(GAMBAR)Tamarin Maharaja Yang Bermisai Panjang

Tamarin Maharaja (Saguinus imperator) ialah sejenis Tamarin, dikatakan dinamakan sebegitu kerana wajahnya seakan maharaja Jerman, Wilhelm II. Mereka tinggal di bahagian selatan Amazon Basin, di timur Peru, Bolivia utara dan negeri-negeri sebelah barat Brazil iaitu Acre dan Amazon.

Bulu Tamarin Maharaja lebih banyak didominasi warna kelabu, dengan rintik kekuningan di bahagian dada. Tangan dan kaki berwarna hitam dan ekor pula berwarna perang. Yang paling best tentang Tamarin ni ialah misainya yang panjang, sehingga mencecah bahu kiri dan kanannya macam watak kartun Yosemite Sam. Binatang ini boleh mencecah panjang 24 hingga 26 cm (9½ ke 10¼ inci), dan ekor mereka pula boleh mencecah 35 cm (13¾ inci). Beratnya pula biasanya dari 300 – 400 g.

Primat ini tinggal di kawasan hutan hujan tropika, jauh di dalam hutan dan juga di kawasan lapang yang diliputi pokok-pokok. Ia menghabiskan kebanyakan masanya bergerak dengan laju tetapi selamat dan melompat jauh antara dahan.

Mereka tinggal secara berkumpulan, dari dua hingga ke lapan ekor. Biasanya kumpulan ini diketuai oleh Tamarin betina yang paling matang dikuti enam hingga tujuh Tamarin jantan. Mereka bersosial dengan mencantikkan bulu dan penampilan sesama sendiri. Em,comel juga Tamarin ini sebenarnya, bukan begitu?

Sumber.

 

(19 GAMBAR)Rekaan Kek Yang Menakutkan

Biasanya kita sukakan kek yang cantik dan comel. Kadangkala rasa sayang nak makan kek yang cantik tu, sebab terlalu cantik untuk disimpan di dalam perut. Tapi kalau rekaan kek yang menakutkan, anda rasa selera tak nak makan? Hehe. Entri ini mengkompilasikan 19 gambar kek yang direka menakutkan.

Photobucket

Mungkin selepas ini orang kita yang terkenal kreatif gila akan membuat kek berhiaskan Cik Pon dan toyol pula. Gambar-gambar seterusnya boleh anda lihat dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 

(20 GAMBAR)Fesyen Rambut Yang Boleh Tahan Kreatif

Kami tidak bercadang untuk meniru fesyen-fesyen rambut seperti di dalam gambar, tapi memang kreatif sekali fesyen rambut di dalam gambar-gambar ini kan? Yang gaya macam mop pun ada, macam gorilla pun ada, tapi apalah yang kami tahu tentang fesyen. Kami buat rambut gaya belah tengah sudahlah.

Photobucket
Tetapi kami kira fesyen-fesyen ini sesuai sekali untuk membuat majikan anda terkejut ketika pergi bekerja di pagi hari. Lagi 19 gambar selepas jump.