Written by serenity | December 15th, 2014

Pihak berkuasa China memberitahu akan mengambil tindakan tegas terhadap penumpang yang menyerang seorang pramugari dan mengugut untuk mengebom pesawat Air Asia Thailand dari Bangkok ke Nanjing Jumaat lepas.

noodle-flightmain

Pentadbiran Pelancongan Nasional China berkata pelancong China itu ‘merosakkan imej keseluruhan rakyat China’ dengan perbuatan mereka. Penerbangan FD 9101 Jumaat lepas terpaksa berpatah balik 90 minit selepas berlepas dari Bangkok apabila seorang penumpang wanita membaling satu mangkuk berisi mi segera yang panas berasap ke arah seorang pramugari, manakala teman lelakinya mengugut hendak mengebom pesawat.

noodle-flight6

Kedua-dua penumpang itu dikatakan marah apabila diberitahu mereka tidak boleh duduk berdua, walaupun dibantu oleh pramugari untuk menukar tempat duduk.

Penumpang lelaki itu kemudiannya mendakwa kepada polis yang pramugari itu melecur akibat perbuatan tidak sengaja semasa pertengkaran setelah dia meminta resit air panas.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
 
Written by En Rain | December 15th, 2014

Sebuah syarikat dari Paris telah membawa satu evolusi baru pada teknologi gajet yang boleh dipakai dengan memperkenalkan Cicret. Ia adalah sebuah gelang tangan yang boleh memancarkan skrin telefon pintar secara terus ke tangan anda. Walaupun ia masih lagi dalam peringkat pembangunan tetapi konsepnya sangat menakjubkan dan pasti ditunggu-tunggu oleh orang ramai. Mari kita lihat bagaimana ia berfungsi. Anda pasti kagum.

cicret6 cicret8 cicret4

 
Written by serenity | December 15th, 2014

Seorang wanita China berusia 26 tahun memilih untuk tidak mendapatkan rawatan kemoterapi setelah didiagnosis menghidap kanser semasa mengandung. Dia melahirkan seorang bayi yang sihat, tetapi meninggal dunia Rabu lepas di Zhengzhou.

Zhengzhoutvhost-2

Qiu Yuanyuan dilahirkan pada tahun 1988 di wilayah Shandong. Dia mengikut suaminya, Zhang Quxuan ke Zhengzhou dan bekerja sebagai seorang pengacara televisyen pada tahun 2010, menurut CRI.

Kata rakan setugasnya:

Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan teliti. Bekerja 14 jam sehari normal baginya dan dia tak pernah merungut.

Qiu mendapati dia mengandung Mac lepas, namun kemudiannya mendapat tahu dia menghidap kanser semasa pemeriksaan kandungan pada bulan Julai. Kerana mahu melahirkan bayi yang sihat, dia memutuskan untuk menolak rawatan kemoterapi dan akibatnya sel kanser merebak dengan cepat di seluruh badannya. Suaminya Zhang memberitahu:

Dia tahu tak ada yang sempurna di dunia ini tetapi dia tidak akan menyesal dengan keputusan yang telah dibuat.

September lepas, Qiu jatuh sakit dan perlu berada di hospital untuk dirawat. Dia menjalani dua pembedahan iaitu Caesarian dan kemudian pembedahan untuk membuang ketumbuhan.

Zhengzhoutvhost4

Setelah dirawat selama 20 hari doktor memberitahu keluarga Qiu yang kanser sudah merebak dan tidak dapat dikawal lagi. Dia kembali ke Zhengzhou dengan keluarganya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | December 15th, 2014

Penyiasat yang mencari penerbangan MH370 Malaysia Airlines berkata mereka mungkin menamatkan pencarian pada bulan Mei depan, lebih setahun setelah MH370 hilang sekiranya tidak ada masalah dengan kenderaan, alatan dan cuaca.

23FB910F00000578-2870680-image-a-4_1418333029577

Pusat Koordinasi Agensi Berpasukan (JACC) memberitahu AAP Ahad lepas yang keputusan bagi pencarian pada masa akan datang bergantung pada kerjasama antara Malaysia, China dan Australia.

Minggu lepas, ahli keluarga 239 penumpang dan krew penerbangan itu pada 8 Mac lepas dari Kuala Lumpur ke Beijing telah memberikan sampel DNA mereka untuk membantu proses mengenal pasti penumpang sekiranya kapal terbang itu dijumpai.

Kemaskini terbaru JACC berkata kapal kajian Fugro Equator masih memetakan dasar lautan dan akan kembali ke Fremantle setelah menghabiskan fasanya bulan ini.

Setakat ini, pencarian sudah dibuat di kawasan seluas 200, 000 km persegi.

Penerbangan Malaysia Airline MH370 hilang di Lautan Hindi pada 8 Mac lepas bersama 239 orang penumpang dan krew, dan tiada sebarang petanda di mana sebenarnya pesawat itu berada dapat ditemui hingga kini.

ATSB mengeluarkan laporan operasi secara berkala mengenai usaha pencarian:

Usaha kami akan diteruskan dengan teliti dan teratur, jadi kadangkala kemajuan mingguan mungkin tampak perlahan.

Apa yang perlu diketahui ialah kerja pencarian masih diteruskan dan menyasarkan untuk menjumpai MH370 secepat yang mungkin.

Laporan asal: Dailymail UK

Written by En Rain | December 15th, 2014

UNICEF telah meminta kanak-kanak di Gaza untuk melukis apa yang mereka bayangkan bagaimana rupa Gaza pada masa hadapan. Kebanyakkan gambar yang telah dilukis menggambarkan harapan dan impian yang mahukan kedamaian dan keamanan. Sama-samalah kita berdoa agar peperangan akan tamat dan  kanak-kanak di Gaza ini mendapat keamanan dan keceriaan yang mereka impikan selama ini.

children-draw-gaza-future-unicef-5 children-draw-gaza-future-unicef-1 children-draw-gaza-future-unicef-2

 
Page 41 of 636« First...102030...3940414243...506070...Last »