Zaman 90′an dulu kita ada kumpulan Acapella, Shades, tetapi kini masing-masing sudah bersara dan menjadi bapa orang pun. Dengan Youtube, banyak bakat-bakat terpendam berpeluang menonjolkan bakat mereka. Contohnya kumpulan remaja di Amerika ini:-
Tak payah guna instrumen studio pun dah sedap dah.
(VIDEO)Lembu Nak Jaga…Eh, Moves Like Jagger Versi Acapella Yang Awesome
Jika Anda Ada Duit Sebanyak Ini Di Dalam Akaun Anda…
Di suatu petang yang hening, di kala duit anda di dalam dompet hanya tinggal 2 ringgit, anda pun pergilah ke bank untuk mencucuk duit. Dengan doa yang menggunung, anda berharap agar gaji anda sudah masuk. Anda masukkan kad anda, tekan tengok baki. Dan tiba-tiba.

Sila jangan terkejut. Duit itu Ahmad Albab yang punya. Hehehe.
P.S: Baki duit dalam bank bila hujung bulan nak ada 3 angka yang kat belakang tue pun kadang-kadang payah.
Khairul Fahmi @ Apek Adalah Penjaga Gol Terbaik Asia
Tuah ayam nampak di kaki, tuah Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan nama gelaran Apek adalah pada tangannya. Ketangkasan dan kecekapan tangannya menepis bola daripada menerjah gawang telah pun diiktiraf oleh laman web Goal.com. Apek telah diundi sebagai penjaga gol terbaik Asia melalui satu undian baru-baru ini di laman web tersebut.

Agak jauh jugak Apek meninggalkan pemenang tempat kedua. Tahniah diucapkan kepada Apek daripada kami. Semoga dengan kejayaan ini Apek akan lebih fokus di masa hadapan.

P.S: Ini yang tiba-tiba rasa menyesal tak main bola betul-betul zaman sekolah dulu. Hehehe
(VIDEO) I Got Lembu Nak Jaga
Baca entri ini sepenuhnya untuk lirik sekaligus menyanyi bersama-sama video di atas.
7 Entri Paling Popular