Biasanya anda lihat katak hanya merangkak atau melompat saja bukan? Tetapi katak dalam video ini luar biasa. Ini ialah kerana katak ini pandai duduk sambil menjuntaikan kaki. Bukan itu saja, katak ini tampak relaxed saja sewaktu aksinya dirakam dalam video oleh individu yang kemudiannya memuat naik rakamannya ke YouTube.

Aksi katak ini mengingatkan kami kepada watak Kermit the Frog. Sudah tentu, video ini menjadi viral di YouTube. Saksikan.
Sejenis anjing Alsatian telah ditemui hampir mati kebuluran kerana tuannya tidak memberinya makan. Pandangan dari atas menunjukkan anjing tersebut, yang diberi nama Soldier, hanya tinggal rangka ketika dia ditemui oleh inspektor-inspektor RSPCA. Untung dia diselamatkan tepat pada masanya dan bekas tuannya telah didakwa kerana menyiksa binatang.

Soldier kini mempunyai berat 42kg dan sedang menunggu untuk diambil oleh tuan yang baru selepas kesihatannya dipulihkan di pusat RSPCA di Ashley Health, berdekatan Ringwood, Hampshire.

Apa pun, binatang ialah makhluk tuhan. Kadang-kadang tidak faham, kalau tidak mahu beri makan, mengapa pula tuan yang tidak bertanggungjawab tersebut membela binatang peliharaan?

Soldier, kini ceria, bersama inspektor yang menyelamatkannya, Patrick Bailey.
Mujur tidak tahu siapa tuannya, kalau tidak boleh ’dipadankan muka’. – Dailymail UK.

Kebanyakan gadis kecil membesar dengan bermain dengan patung Barbie. Ada sesetengah dari mereka ingin kelihatan seperti patung Barbie.
Seorang gadis berusia 21 tahun telah menjadi seorang patung Barbie (katanya).
Valeris Lukyanova telah menjadi sensasi Internet di negaranya di Russia, kerana mendakwa melalui blognya yang dia ialah wanita paling popular di laman-laman Internet berbahasa Russia.

Ciri-ciri rupanya yang seperti patung, rambut perang panjang dan tubuh yang ‘sempurna’ menyebabkan dia kelihatan seperti Barbie dalam dunia sebenar.
Malah, dengan pinggang yang ramping dan payudara yang besar, dia memang kelihatan seperti patung plastik yang terkenal itu sehinggakan ada pengguna Internet yang beranggapan yang dia sebenarnya tidak wujud.
Apa pendapat anda pula?
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat menghadiri majlis persembahan ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’ di Dataran Merdeka di sini, Sabtu malam.Ketibaan Seri Paduka berdua disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri kabinet serta duta-duta asing.

Majlis persembahan penuh tradisi dan kebudayaan membabitkan tari dan seni pertahanan diri, yang dijayakan 632 peserta daripada pelbagai persatuan kesenian, diadakan bersempena pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14. Persembahan itu terbahagi kepada empat segmen iaitu Kegemilangan Istana, Dari Rakyat Kepada Raja, Kreatif dan Tarian Rakyat dan Dirgahayu Tuanku. Ia dimulakan dengan perarakan diraja bermula dari Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ke Dataran Merdeka yang didahului dengan seekor gajah disertai dengan tiupan Tetuang yang melambangkan raja-raja Melayu dahulu kala.
Seterusnya, Menteri Penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Pertabalan melafazkan Warkah Sumpah Taat Setia Rakyat, yang ditulis dalam Jawi di atas sekeping kulit, bagi menyatakan kesediaan rakyat mendokong dan mempertahankan institusi raja berperlembagaan. Persembahan penuh warna-warni kira-kira satu setengah jam itu turut diserikan dengan persembahan artis popular termasuk Jamal Abdillah, Faizal Tahir dan Noraniza Idris. Kemuncak acara dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api selama lima minit sebelum keberangkatan pulang Seri Paduka berdua. Upacara penutup majlis diserikan dengan Persembahan Khalayak oleh artis dari pelbagai bangsa antaranya Ning Baizura, Awie, Jimmy Palikat, Reshmonu dan Suki. Sementara itu, rata-rata pengunjung kagum menyaksikan acara itu yang dilakukan dengan penuh adat istiadat diraja. Lagi 26 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Teks asal BERNAMA, kredit gambar Ezlina Alias.





comments