Santai

Pak Arab Pasang Jerat Di Facebook, Perangkap Wanita Yang Perlukan Rawatan.

Assalamualaikum, kpd semua sahabat. Hari ini saya nak bawa kisah yang sangat memeranjatkan, tak sangka perkara sebegini boleh berlaku.

Beberapa hari lepas, kakak saya bertanya saya adakah saya mengebali al habib abu umar. Saya katakan tidak kenal. Kalau Habib Umar saya kenal dan maklum.

Saya tanya kenapa dgn dia? Namun kakak saya tidak memberitahu dan seperti menyembunyikan sesuatu.

2 hari lepas(29/7/2017), barulah semuanya terbongkar, naluri keibuan dapat mengesan kejanggalan perangai anaknya. Dipendekkan cerita, anak buah saya (anak kakak) disapa di fb oleh lelaki ini, taktiknya licik, dia memancing wanita naif yang cenderung kepada hal agama (untuk menjadi wanita solehah).

Dengan penampilan gaya ulama, berjubah beserban, gelaran2 al habib (maaf saya tidak berniat hendak merendahkn golongan habib yg benar apalagi menghina, sy juga pencinta Habib Umar, Habib Ali dan yang lain, cuma saya tidak bersetuju dgn manusia yg menggunakan gelaran ini utk menipu)

Modus operandinya, pertama dia akan meminta gambar yg dekat, katanya utk tujuan nak lihat sejauh mana kita ada penyakit (rohani atau fizikal) padahal gambar itu akan disihir atau pukau.

Berbalik tentang anak buah saya, setelah berkenalan hanya 2 minggu, dia diminta puasa, dan sheikh ini suruh dia datang berjumpa dengannya di masjid wilayah kononnya mendapat keberkatan apabila bertemu di Masjid.

Kemudia setelah solat maghrib berjemaah, dia membawa anak buah saya ke restoran makanan arab berstatus mewah di Sri Hartamas. Kemudian dibawa je rumahnya.

Bayangkan, anak buah saya ni bukan jenis berani berjalan berseorangan apalagi dalam jarak yang jauh penang-gombak. Bila saya tanyakan kenapa sampai berani macam tu, dia seolah dipukau dan fikirannya kosong.

Alhamdulillah sebelum sheikh ini melakukan apa2 pada dia, dia sempat keluar dari rumah tanpa pengetahuan lelaki itu pd keesokan harinya. Tp dia masih berhubung dengan lelaki itu sehinggalah dia dibawa pulang ke rumah di selangor oleh ibunya semalam.

Dan sebentar tadi saya bawa dia berubat di Pusat Rawatan Darussyifa’, alhamdulillah sedikit sebanyak sudah berubah. Untuk langkah pencegahan, anak buah saya telah menukar nombor telefon bimbitnya, dan sentiasa berjaga2 kerana gambar keluarganya, alamat rumah sudah diberikan kepada lelaki itu, dan lelaki itu pernah memberi amaran pd anak buah saya agar merahsiakan hubungan mereka daripada pengetahuan org lain.

Dan dgn niat utk mengumpul bukti, saya menyamar utk menjadi rakannya, namun dia meminta no hp dan kami berhubung melalui whatsapp.

Terpulang kpd anda utk menilai, berhati-hatilah buat semua wanita di luar sana. Sy sertakan beberapa Screenshot antara sy dan dia, dan gambarnya. Dlm masa terdekat juga sy akan bawa anak buah utk buat laporan polis.

Sesuatu yang jijik dibuat atas nama agama utk memperdaya n mengambil kesempatan ke atas wanita. Menggunakan ayat Quran dan Hadith Nabi Muhammad saw.

Dia juga mendakwa mempunyai hubungan yg baik dengan pemimpin2 Malaysia. Dia juga katanya pakar dalam merawat penyakit2 yang berkaitan dengan makhluk halus, hinggakan Siti Nurhaliza juga pernah bertemunya sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat. Dia juga pernah mengeluarkan kenyataan akan mencium dan memeluk dan membuat hubungan pada pertemuan kali kedua.

Dia menawarkan rawatan kepada siapa yang ikhtiar untuk mendapatkan zuriat/ sakit. Menawarkan kerja bagi siapa yang mencari pekerjaan. Menawarkan diri menjadi guru kepada yang mencari ilmu. Hinggakan sampai ingin belanja pergi umrah! Semua yang indah2..

Katanya lagi sesiapa yang cuba memfitnahnya, akan mendapat musibah.

Sudah berapa ramai agaknya wanita yang sudah terpedaya. Jauhilah musibah besar ini!

Sumber : Mohamad Bohari

Leave a Reply