Gadget, Info Semasa

Pandang Pertama Blackberry Z10 Oleh Amanz.MY

Peranti Blackberry Z10 untuk pasaran malaysia telah dilancarkan hari ini oleh Blackberry Malaysia. BlackBerry Z10 membawakan sokongan skrin sentuh sepenuhnya, dimana dijana menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan terbina 16GB dengan sokongan mikro-SD, serta kamera 8-megapixel pada bahagian belakang.

Walaupun Z10 kelihatan sama dengan iPhone tapi z10 membawa kelainan pada bateri yang mana ia boleh ditanggalkan dan bateri z10 juga agak sama dengan iPhone. Blackberry Z10 turut menyertakan sokongan NFC, mikro-HDMI dan juga pengecasan melalui mikro-USB.

Blackberry Z10 akan dijual di malaysia pada Mac ini dan anda boleh mendapatkan Z10 pada harga RM2188

Lagi Info Amanz.MY

Comments 2

  1. BBuser

    ada instagram tak ? Tq

  2. macam xda jer… 🙂

Leave a Reply