‘Panic Attack’ – Permainan Minda Atau Gangguan Perasaan?

Pernah tak secara tiba-tiba anda merasa seram sejuk dan berpeluh tanpa sebab? Nafas menjadi laju dan degupan jantung mulai kencang? Mungkin itu salah satu simptom kepada Panic Attack.

Apakah Itu Panic Attack?

Mengikut kajian Clinical Psychologist and Associate Director of The Johns Hopkins Bayview Anxiety Disorders Clinic, Neda Gould, panic attack adalah apabila sebuah sistem khusus dalam tubuh akan muncul ketika seseorang itu berhadapan dengan sesuatu perkara yang membuatnya menjadi cemas.

Advertisement

Sekiranya seseorang itu mengalami panic attack, rasa takut dan risau akan timbul dan menjadi ancaman untuk tubuh. Hal ini akan mendorong sistem saraf simpati, yang mengendalikan proses bawah sedar tubuh, seperti bernafas dan denyutan jantung menjadi laju dan kencang. Pada waktu itu kelenjar adrenal akan melepaskan hormon, seperti adrenalin dan kortisol yang akan mempengaruhi sistem kerja seluruh anggota tubuh.

Bagi yang baru mengalaminya mereka mungkin akan beranggapan yang mereka mengalami komplikasi masalah berkaitan jantung.

Gejala Panic Attack

  • Berpeluh secara berlebihan
  • Merasa gelisah atau berpikir secara tidak rasional
  • Mulut terasa kering
  • Otot menjadi tegang
  • Merasa sangat takut
  • Gementar
  • Sesak nafas
  • Detak jantung meningkat
  • Kram pada perut
  • Sakit dada
  • Mual
  • Rasa berpusing atau pengsan

Serangan boleh terjadi selama 5 hingga 10 minit, namun boleh juga terjadi secara berkesinambungan dalam waktu dua jam. Pasca-serangan ini ialah mereka akan mengalami rasa kelelahan.

Selain itu, keadaan ini juga menyebabkan rasa takut akan berulangnya kembali serangan hingga membuatkan mereka yang mengalaminya akan mengelak dari situasi yang dapat menyebabkan serangan.

Diagnosis Awal Panic Attack

Untuk mendiagnosis secara tepat dan membezakan panic attack dengan gejala penyakit lain, doktor kebiasaannya akan melakukan pemeriksaan fisikal secara menyeluruh. Setelah itu, beberapa ujian turut dijalankan bagi menetapkan diagnosis yang sesuai. Ujian tersebut merangkumi:

  • Ujian darah, untuk memeriksa tiroid dan risiko terhadap gejala penyakit lain
  • Elektrokardiogram (EKG) untuk memeriksa keadaan jantung

Sekiranya tiada apa-apa yang bermasalah pada organ dan anggota badan, ujian penilaian psikologi akan dilakukan bagi memahami punca gejala, stres, ketakutan, dan gangguan lain yang berkaitan dengan aspek-aspek kehidupan penderita, termasuk sekiranya terdapat pengambilan alkohol.

Cara Menangani Panic Attack

Panic attack perlu ditangani untuk mengurangkan frekuensi serangan agar dapat mengembalikan semula kehidupan normal mereka yang mengalaminya. Ia dapat ditangani dengan pengambilan ubat dan dengan terapi psikologi. Kedua-dua cara ini mungkin perlu dilakukan serentak atau hanya salah satu sahaja, bergantung kepada tahap serangan dan keadaan mereka yang mengalami.

Terapi

Jenis terapi yang digunakan untuk merawat panic attack adalah terapi tingkah laku kognitif. Dalam terapi ini, mereka akan dibimbing untuk memahami dan percaya bahawa serangan panik tidak berbahaya. Pesakit juga akan diajar untuk mengubah tindak balas perasaan dan tingkah laku terhadap pola pemikiran negatif, sehingga ianya dapat membantu mereka mengatasinya sendiri. Dengan kata lain, mereka akan diajar untuk mengatasi rasa takut terhadap situasi yang membuat mereka merasa panik.

Komplikasi dan Cara Pencegahan Panic Attack

Panic attack dapat ditangani sehingga mereka pulih sepenuhnya dengan syarat mereka segera dirawat. Sekiranya diabaikan, maka keadaan ini boleh menjadi lebih teruk dan sukar diatasi, sehingga mengganggu kehidupan harian. Selain perasaan berterusan ketakutan, komplikasi yang boleh timbul daripada serangan panik adalah:

  • Kemunculan fobia atau ketakutan terhadap sesuatu
  • Tidak mahu bersosial
  • Kemunculan masalah di pejabat atau di sekolah
  • Terjerumus ke dalam masalah kewangan
  • Penagihan alkohol atau dadah
  • Kemurungan
  • Munculnya keinginan untuk membunuh diri

Tidak ada langkah pencegahan khusus terhadap serangan atau gangguan panik, selain kesedaran diri untuk mengatasinya segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

Sumber (1) (2)

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments