Info Semasa

Pejabat Wang Tak Dituntut Bagai “Berkenduri”, Diserbu Orang Ramai Nak Semak Wang.

RATUSAN pemegang akaun bank beratur di Menara Maybank di Kuala Lumpur bagi membuat semakan wang di Bahagian Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) susulan isu WTD tular di media sosial sebelum ini.

Orang ramai beratur panjang bagi mendaftar nama sebelum diberi nombor giliran untuk membuat semakan di Bahagian Pendaftar Wang Tak Dituntut, Tingkat 42.

Kakitangan JANM yang bertugas di kaunter berkata, orang ramai mula beratur sejak 8.30 pagi dan mereka terpaksa membahagikan barisan kepada dua bahagian iaitu warga emas dan bukan warga emas.

Keadaan bagaimanapun terkawal dan tidak menimbulkan suasana tidak diingini.

“Encik perlu tunggu sebelum dibenarkan ke tingkat 42 kerana kita perlu mengurangkan kesesakan di Bahagian WTD.

“Setiap hari, kami hanya hadkan 2,000 pemegang akaun saja untuk membuat semakan,” katanya.

Sehingga 11 pagi ini, orang ramai masih beratur untuk membuat semakan.

Menurut perkongsian seorang pemilik akaun, dia datang membuat semakan ini selepas terkejut melihat rakannya yang mempunyai baki belasan ringgit di dalam akaun bank lama yang sudah tidak aktif kira-kira 10 tahun lalu mempunyai sejumlah RM700 di dalam senarai WTD.

“Sebab itu hari ini saya sanggup beratur panjang sejak 10 pagi kerana kalau dapat RM300 ke RM400 pun sudah berbaloi,” katanya.

Berikut adalah dokumen yang perlu dibawa untuk menyemak akuan wang tak dituntut.

Berikut pula adalah waktu operasi.

Leave a Reply