Pemandu Kereta Tersilap Masuk Ke Lorong Motor Gara-Gara Tersilap ‘Setting’ Waze

lorong motorsikal

Video yang tular dikongsikan di media sosial ini menunjukkan seorang pemandu kereta Volvo berada di lorong yang dikhaskan untuk penunggang motorsikal. Video tersebut turut menimbulkan persoalan sama ada pemandu tersebut mabuk ketika memandu sehingga boleh berada di lorong tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, siasatan mendapati kenderaan yang memasuki laluan motosikal itu dipandu lelaki berusia 53 tahun. Lelaki tersebut telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk diambil keterangan selepas kejadian itu tular di media sosial.

Selepas siasatan dilakukan, rupa-rupanya pemandu tersebut sebenarnya bukanlah mabuk seperti yang disangka semasa kejadian. Pemandu terbabit telah menggunakan aplikasi navigasi yang menunjukkan ke arah laluan motosikal.

Tanpa sedar, dia menggunakan tetapan yang salah di aplikasi Waze iaitu mod motorsikal.

Selepas menyedari kesalahannya itu, dia cuba mencari jalan keluar dengan dibantu oleh sekumpulan penunggang motosikal di jalan itu. Ujian saringan air kencing yang dilakukan pada pemandu tersebut juga mendapati dia negatif dadah.

Advertisement

Pemandu terbabit dilepaskan sementara kertas siasatan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. Siasatan awal polis mendapati kenderaan yang memasuki laluan motosikal itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Comments

comments