Haiwan, Inspirasi

Pembunuh Ditangkap Hasil Petunjuk Dari Seekor Burung Kakak Tua

Seorang jurnalis India berjaya menangkap individu yang membunuh isterinya dengan tip dari burung kakak tua peliharaannya.

Vijay Sharma, editor akhbar harian Hindi di Agra, sebuah Bandar di Uttar Pradesh, kembali ke rumah dan mendapati isterinya, Neelam Sharma, 45, dan anjingnya telah mati dibunuh.

Satu-satunya yang terselamat ialah Hercule, burung kakak tua peliharaannya, tetapi burung itu bagaikan terkejut dan membisu setelah menyaksikan pembunuhan tersebut.

1301032220
Gambar hiasan

Rumahnya telah digeledah dan wang tunai telah dirompak.

Polis tidak mempunyai sebarang petunjuk untuk menjejaki pembunuh tersebut, bagaimanapun situasi bertukar apabila anak saudara Vijay yang bernama Ashutosh melawat ke rumahnya selepas pembunuhan itu. Kata Vijay:

Burung kakak tua itu senyap luar biasa tetapi mula menjerit dan terbang dalam sangkarnya. Ia kelihatan terganggu dengan sesuatu dan hanya bertenang setelah Ashutosh balik.

Bila saya berbual dengan orang lain dan sebut nama Ashutosh, burung kakak tua itu akan mula menjerit.

Ini buat saya syak dan saya buat keputusan melapor kepada pihak polis.

Jurucakap polis Shalabh Mathur berkata mereka memeriksa rekod panggilan telefon Ashutosh selepas diberitahu dia mungkin suspek kes tersebut dan polis menahannya untuk disoal siasat. Kata Shalabh:

Dia memberitahu yang dia datang ke rumah pakciknya dengan kawan dengan niat untuk mencuri dan terserempak dengan makciknya. Mereka membunuh wanita itu kerana bimbang yang dia akan mengenal pasti mereka. Mereka merompak rumah sebelum melepaskan diri.

Dia juga mengaku yang dia telah membunuh anjing pakciknya kerana bimbang anjing itu akan digunakan untuk mengecamnya, dan tidak terfikir untuk membunuh burung kakak tua yang hanya mendiamkan diri dalam sangkar.

Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat…

Laporan asal: Dailymail UK


Comments 3

  1. […] Seorang jurnalis India berjaya menangkap individu yang membunuh isterinya dengan tip dari burung kakak tua peliharaannya. Vijay Sharma, editor akhbar harian Hindi di Agra, sebuah Bandar di Uttar Pradesh, kembali ke rumah dan mendapati isterinya, Neelam Sharma, 45, dan anjingnya … Continue reading → […]

  2. […] P.S: Pembunuh ditangkap hasil bantuan burung kakak tua […]

  3. […] P.S: Pembunuh ditangkap hasil bantuan burung kakak tua […]

Leave a Reply