Viral

Pembunuh Sadis Eno Farihah Dijatuhkan Hukuman Mati, Tidak Ada Empati Terhadap Mangsa

Mahkamah Daerah Tangerang, Indonesia, menjatuhkan hukuman mati terhadap dua suspek kes pembunuhan Eno Farihah, Rahmat Arifin Hartono dan Imam Hapriadi, kedua-duanya berusia 24 tahun.
EnoANPanel hakim yang diketuai oleh Hakim M. Irfan Siregar berkata semasa pembacaan keputusan di mahkamah pada 8 Februari lepas memutuskan:

Mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap kedua-dua defendan, Imam dan Arifin.

Panel hakim mengumumkan dua defendan tanpa keraguan telah melaksanakan pembunuhan yang dirancang terlebih dahulu. Panel hakim mengambil kira yang penalti hukuman mati dikenakan, memandangkan defendan bersikap sadistik dan biadap, menyebabkan trauma kepada keluarga mangsa, enggan mengaku bersalah dan tidak menunjukkan kekesalan terhadap perbuatan mereka.

Kami tidak menemui sebarang sebab untuk meringankan hukuman.

Sewaktu hukuman dibacakan, Irfan menangguhkan pengumuman disebabkan ibu dan ahli keluarga Eno menangis dalam mahkamah. Sementara itu, kedua-dua defendan tetap kelihatan tenang dan tidak menunjukkan sebarang emosi.

Pendakwaraya Agus Kurniawan menyatakan bahawa keputusan mahkamah adalah seperti yang disarankan olehnya.

Kami akan memfailkan rayuan bagi menentang rayuan defendan, tetapi kami akan membuat laporan kepada pegawai atasan. Keputusan mahkamah adalah selari dengan tuntutan pertuduhan.

2

Peguam defendan, dikenali sebagai Sunardi, berkata dia akan memikirkan langkah yang bakali diambil berkaitan hukuman yang dijatuhkan.

Eno Farihah, 19, seorang pekerja di PT Polyta Global Mandiri telah dibunuh dengan kejam di perumahan pekerja di Tangerang pada malam Khamis, 14 Mei tahun lepas.

Seorang lagi defendan, RA, 15, djatuhkan hukuman penjara 10 tahun.
1

Sebelum itu, Rahmat Arifin dan Imam Hapriyadi mengaku tidak terlibat dalam kes pembunuhan Eno. Ujar Imam saat membela diri:

Saya bukan pelaku sebenarnya, saya cuma bertanyakan khabarnya, tiba-tiba dituduh sebagai suspek.

Begitu juga dengan Rahmat. Dia membantah keterlibatan dalam kes pembunuhan disertai pemerkosaan tersebut. Rahmat mempesoalkan mengapa dia dituduh membunuh sedangkan dia hanya menghantar SMS. Pinta Rahmat:

Apakah SMS boleh membuat saya menjadi suspek? Tolong pertimbangkan kembali yang mulia hakim.

Dia juga mendakwa diugut oleh polis untuk mengaku membunuh Eno. Tambahnya:

Saya diancam pakai senjata api. Saya yang tak bersalah terpaksa akur mengakui kerana takut.

Mata saya ditutup dengan pita perekat. Kepala saya dipukul dan dipaksa makan puntung rokok. Akhirnya saya terpaksa mengaku.

3Sementara itu, ibu Eno, Mahfudoh, bersyukur kerana kedua-dua tertuduh dijatuhkan hukuman mati.

Ibu kepada tujuh anak itu mengatakan perbuatan tertuduh sangat sadis dan keji.

Kalau terus dibunuh mungkin tidak seberapa, tapi anak saya diseksa dan diperlakukan dengan sangat tidak berperikemanusiaan.

Eno memiliki tiga kakak dan tiga adik. Sebelum kematiannya, Eno pulang ke rumah orang tuanya setiap dua minggu sekali. Mengimbas kembali, Mahfudoh memberitahu:

Kalau pulang, dia suka minta dimasakkan jering. Di rumah dia suka menonton filem Korea.

Eno merancang mengajak ibunya pada Lebaran 2016 mengunjungi perumahan pekerja tempat dia tinggal di Kosambi. Tutur Mahfudoh meniru ucapan Eno:

Eno kata, ‘Mak, Lebaran ke asrama saya, saya masakkan ketupat’.

Sumber: Tempo


Leave a Reply