Kesihatan

Pemilik Rumah Boleh Didakwa Undang-Undang Jenayah Jika Menghalang Tugas Anggota “Fogging”

Pemilik rumah di dalam gambar telah menghalang saya dan anggota saya dari menjalankan aktiviti fogging di luar kawasan rumah beliau.

Dakwa beliau, semburan yang kami lakukan sebelum ini telah menyebabkan tanaman beliau mati.Beliau juga tidak mahu sedikit asap pon mengenai tanaman beliau.

Semburan yang pihak kami lakukan pada petang ini adalah jenis asap (oil base) dan sememangnya kami tidak berdaya untuk menahan angin daripada menyebarkan semburan asap tersebut ke merata tempat walaupon pihak kami menutup nozle dalam jarak 50 meter dari rumah beliau.

Walaupun di berikan penerangan,lelaki tersebut tetap berkeras untuk menyaman pihak kami dan tidak membenarkan anggota saya melintasi kawasan rumah beliau.

Seperti yang anda semua lihat,tanaman beliau berada di kaki lima dan juga rezab jalan yang mana tanah tersebut adalah hak milik Pihak Berkuasa Tempatan.

Membina binaan kekal dan juga meletakkan halangan di hadapan rumah seperti di dalam gambar adalah menyalahi undang-undang mengikut Akta Perumahan,akta jalan,parit dan juga bangunan.

Seksyen 46(1) (a) AJPB 1974 (Akta133).

Binaan ini boleh diambil tindakan oleh Pihak Majlis Perbandaran dan juga Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal merangkumi denda dan juga tindakan merobohkan semua binaan terbabit.

Pihak KKM juga berkuasa untuk memusnahkan semua tanaman ini mengikut APSPP 1975 yang mana boleh di klasifikasikan sebagai tanaman yang boleh membiak serta memberikan perlindungan kepada serangga pembawa penyakit.

Jika mahu,saya juga boleh mensabitkan tuan rumah dengan undang2 jenayah iaitu :

1-Seksyen 186,kanun keseksaan (penjara 2 tahun,denda 10 ribu ringgit @ kedua-duanya sekali)
-MENGHALANG TUGAS PENJAWAT AWAM

2-Seksyen 14 (akta 326)-penjara 7 hari,denda RM100
-MENGELUARKAN KATA-KATA YANG TIDAK SOPAN

3-Seksyen 506 kanun keseksaan (penjara sehingga 7 tahun atau denda 10 Ribu Ringgit)
-UGUTAN JENAYAH

Di harapkan kita semua tidak mementingkan diri sendiri kerana buruk kesannya kepada orang lain khususnya masyarakat setempat.

Fogging yang pihak kami lakukan ini adalah bertujuan untuk membunuh nyamuk dewasa dan kami sebolehnya mahu seluruh premis dalam radius 200 meter dari rumah kes di buat semburan lengkap di dalam dan juga diluar premis.

Jangan hanya kerana anda,semburan lengkap tidak dapat di lakukan dan ada nyawa yang akan terkoban.

#tanpa mengambil kira ugutan tersebut,semburan tetap di lakukan di luar kawasan rumah beliau.Fogging tamat sepenuhnya tanpa ada sebarang perkara tidak di ingini berlaku.

Sumber : Mat Yoe

Comments 1

  1. Zarulnazmi

    Masalahnya ada yang datang fogging minta duit kat tuan rumah.

Leave a Reply