Automotive, Bike, Info Semasa, Macam-Macam, menarik

Pemotong Rumput Honda Miimo Edisi Terhad Berinspirasikan CBR Fireblade & Civic Type R Dikeluarkan!

Sebagai sebahagian daripada Honda meraikan 25 tahun ke atas jenama terkemuka mereka – Fireblade dan Type R – pengeluar Jepun ini mendedahkan dua edisi terhad prototaip pemotong rumput robotik yang digelar Miimo!

Satunya berinspirasikan model motosikal berkuasa tinggi, CBR Fireblade (sebuah motosikal yang mempunyai sejarah sejak 1992), dan juga satu lagi berinspirasikan model Honda Civic Type R.

Didatangkan dengan warna Championship White dan lencana ‘H’ berwarna merah di bahagian depan dan belakang, Miimo Type R didatangkan dengan bumper depan dan belakang berwarna hitam dan merah. Tulisan ‘Type R’ turut diberikan pada kedua-dua bahagian sisinya, dan juga didatangkan dengan ekzos kembar tiga sama seperti kereta model terbaru Type R.

Spoiler besar belakang turut diberikan pada Miimo Type R ini dengan kemasan gentian fiber untuk menyerupai model kereta sebenarnya.

Untuk model Miimo CBR Fireblade pula, ianya diberikan kemasan warna merah, putih dan biru yang sama seperti motosikal berkuasa tinggi tersebut.

Yang lebih menarik lagi, model Miimo CBR Fireblade ini didatangkan dengan 45 LED untuk lampu hadapan dan belakang, manakala pula Miimo Type R didatangkan dengan 40 LED.

Model Miimo mula-mula diperkenalkan ke pasaran dunia pada tahun 2013, di mana ianya merupakan pemotong rumput mampu mengecaj diri sendiri yang ‘sempurna bagi mereka yang mahukan laman yang cantik setiap hari, tetapi tidak mahu melakukan kerja tersebut.’

Model edisi terhad ini kini mula dijual di Britain dengan 3 varian – Miimo 310, Miimo 520, Miimo 3000 – bermula pada harga £1999 (RM11,085) hingga £2499 (RM13,857).

Rasa-rasa korang kalau letak depan rumah ni kena rembat tak?

Leave a Reply