Viral

Pemuda Dikecam Netizen Kerana Kritik Inggeris Faiz Subri, Padam Akaun Twitter

Seperti yang anda sedia maklum, pemain bola sepak Malaysia, Faiz Subri, telah memenangi Anugerah Puskas dalam majlis Anugerah Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich, Switzerland, awal pagi semalam. Faiz merupakan pemain Asia pertama menerima anugerah itu dan kemenangan beliau turut diberi publisiti meluas oleh media antarabangsa termasuk Daily Mail dan ESPN.
FaizSubriAN
Faiz telah menerima anugerah tersebut di Zurich, Switzerland dan telah memberikan ucapan dalam bahasa Inggeris semasa menerima anugerah tersebut kerana gol cantik yang dijaringkannya melalui sepakan percuma dalam perlawanan antara Pulau Pinang menentang Pahang pada 16 Februari tahun lepas di bawah Liga Super.


Pengusaan bahasa Inggeris Faiz tidak begitu baik tetapi memandangkan beliau ialah seorang yang menghabiskan masa berlatih dan bermain bola sepak ia sesuatu yang dianggap normal.

Namun begitu, seorang pemuda di Twitter menggunakan tweethandle @amirfauzii telah mengkritik penguasaan bahasa Inggeris Faiz Subri dengan lantang dan mendakwa ia merupakan sebab pemain Malaysia tidak dipanggil bermain bolasepak di luar negara. Dalam satu siri tweet, Amir memberitahu ini ialah satu masalah dan akan berterusan selagi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mengadakan ‘kelas’ untuk pemain.

2

3

Kenyataan Amir mula dikecam Netizen yang menganggap pendapat Amir itu mengarut. Reaksi kepada tweets Amir Fauzii membuat kenyataannya itu menjadi viral. Antara reaksi netizen ialah:

Seorang pengguna Twitter juga mengutarakan mengenai komen seorang lelaki kulit putih yang menyatakan gol yang dijaringkan Faiz menakjubkan walaupun penguasaan bahasa Inggerisnya tidak begitu baik.

Dan apa yang lebih menarik, penggunaan tatabahasa Inggeris oleh Amir Fauzii juga tidak begitu baik dan ia diperbetulkan oleh seorang pengguna Twitter.

Mungkin kerana tidak tahan dengan kecaman bertubi-tubi yang diterima, Amir Fauzii akhirnya terus memadam akaun Twitternya.

Kisah ini menjadi suatu pengajaran kepada kita semua. Sekiranya kita hendak mengatakan sesuatu yang negatif mengenai seseorang yang telah mengharumkan nama Malaysia dan sedang kita raikan kejayaanya, befikirlah dengan mendalam. Tak pasal-pasal kena carut dengan Netizen nanti. –amazingnara.com

Comments 10

  1. massa

    saya, amat-amat terharu sampai menitis air mata melihat Faiz menerima anugerah berpristage ini. kau sebagai anak Malaysia sepatutnya kau bangga atas pencapaian anak dan bangsa dan negara kau sendiri . tak fluent berbahasa English pun bukan jadi masalah (pemain dari negara lain pun tak semua dapat mengawal bahasa dunia). Lihat Negara Jepun mereka tak semua dapat mengawal BI mereka bangga dengan bahasa mereka, tengok mereka sebuah negara yang maju. we don’t need to be knowledge to foreign language to be successful in life, yang penting Faiz anak ASIA pertama menerima anugerah tersebut. kau yang boleh berbahasa English apa yang telah kau capai??? jangan tunjuk pandailah kalau belum ada yang kau dapat buktikan. DISAPPOINTED TO HAVE PEOPLE LIKE YOUUUUU WHO IS ALWAYS LOOKING DOWN ON OTHERS. ALLAHUAKBAR

  2. massa

    knowledgeable

  3. oooooo

    buat malu je amir fauzi tu. harap pegi flush muka kat jamban lepas ni. acah2 macam pandai sgt je speaking last2 tu pun ada orang betulkan balik. lantak faiz la dia pandai speaking ke tak at least dia tu MENAIKKAN nama MALAYSIA. bukan mcm kau yg tahu nak MENJATUHKAN orang je keje. kau ada naikkan nama malaysia tak?? give some support la braderrr. haiyaaa.d

  4. si kasut janggut

    yang last tu winnn!! #deep.. satu je nak pesannnnn.. tiada mahluk yg sempurna mlainkan allah.. so! don’t judge people sewenang-wenangnya dude!! hahahaha

  5. Lalalala

    Tanggung jawab!!!!!! jangan cuma padamkan akaun twitter sahaja, beri klarifikasi & apology !!!

  6. Amir fauzi bodoh

    English ko pun berterabur nak kutuk Faiz konon. Messi dengan Ronaldo Brazil tu bkn tahu ckp english pun taraf dunia apa..pegi mam la amir fauzii

  7. Jeebus

    Hahaha.. Delete akaun twitter? Mana telor hang amir? Satu spesies dengan Cocomix

  8. Org kedah

    Lantang hang mengata faiz subri..lantang pla org hantam hang..hang lari sembunyi tang mana tikuih oi…hang kta org negeqi aku no mai ney aku nak putaq2 pla hang…

  9. Mike Melayu

    Haha English dia pun xbetul.

    Bravo to Wira kita sbb berani mencuba and people over there didnt even expect him to be an english speaking expert sbb yang kat sana tu rambut je blonde, hidung je mancung tapi bukan english speaking juga. French lagi ramai xtau english and juara2 dunia dr China.

  10. EKSA

    Belajaq tinggi apa sumbangan pun tadak. Cakap bahasa inggeris pandai akhlak tak ada rugi Malaysia memiliki rakyat seperti kamu. Tak ada satu pun yang menjadi kebanggaan melainkan sikap anda sendiri.

Leave a Reply