Viral

Pendedahan Gadis Twitter: Jalin Hubungan Dengan Suami Dan Bapa Anak Tiga Mengaku Bujang

Seorang pengguna Twitter mendedahkan dia telah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki selama setahun setengah. Namun begitu, gadis itu telah mendedahkan wajah lelaki itu di Twitter setelah mengetahui rahsia sebenar iaitu lelaki itu sebenarnya sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.

BapakOrangAN

Gadis itu yang menggunakan handle @juannebae memberitahu dia membuat pendedahan mengenai lelaki itu bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi amaran kepada gadis-gadis lain agar tidak tertipu dengan golongan suami dan bapa orang yang mengaku bujang di media sosial.



Pendedahan Juanne mendapat lebih dari 1,500 retweets dan menimbulkan perdebatan  mengenai wajar atau tidak tindakan Juanne mendedahkan mengenai lelaki itu. Ada yang menganggap pendedahan Juanne hanya mengaibkan lelaki tersebut.



Ada juga yang mempersoalkan bagaimana lelaki yang mempunyai wajah biasa itu mampu mencairkan hati gadis walaupun sudah berkahwin dan beranak-pinak. Mungkinkah ayat beliau sangat manis dan power hingga sang gadis percaya akan kemurniannya?


Ada juga yang melawak isu suami orang mengaku bujang ini sengaja ditimbulkan untuk mengalihkan perhatian netizen dari isu yang lebih besar contohnya isu hubungan tegang Malaysia dan Korea Utara.



Pendedahan Juanne menyebabkan seorang pengguna Twitter yang menggunakan handle @Ladynoe_Mohamed menulis mengenai cara-cara untuk mengesan suami orang yang menipu mengenai status perkahwinan mereka.
Screen Shot 2017-03-08 at 10.27.45 AM

Screen Shot 2017-03-08 at 10.28.10 AM

Screen Shot 2017-03-08 at 10.28.44 AM
Namun, apa yang paling mengesankan ialah ramai yang bersimpati kepada isteri lelaki tersebut.


Pastinya sesuatu yang memalukan apabila suami anda diketahui ramai mengaku bujang dan menjalinkan hubungan dengan anak dara. Apakah yang akan anda lakukan jika anda berada dalam situasi si isteri?

Selepas pendedahan ini, dua akaun Twitter yang digunakan lelaki bernama Arzuwan tersebut telah dinyahaktifkan.-amazingnara.com

Sumber: Juánne


Comments 3

  1. takpercayalaki

    yg pakai nama amak ni, nampak sangat masih kurang ilmu. semua tips kau bg dik, outdated. diorg lagi advance.

  2. Laki Siuman

    Segala tips die bg tu smua ke laut ..
    aku dh kawin, xpakai cincin lgsg ..
    perut boroi? Aku sbelum kawin dh boroi oi ..
    janji pelesu, org bujang pon dh buat bnyk kali ..
    tenang? Mmg la tenang xkan nak menggelabah .. lol
    Cek kat jabatan agama? Cek la kalo boleh cek ..

    Hahaha nmpk nye si amak lg snang nk kne tipu .. cube cek laki/bf ko tu ade bini lain x?

  3. Cennoni

    Amak…awk punya tips tu sekadar basic ja dik…

Leave a Reply