Viral

Pendedahan Tuan Sewa Bilik AirBNB: Backpackers Dari Malaysia Paling Kedekut, Tak Jujur

Seorang wanita yang tinggal di Oxford, sebuah bandar di England menyewakan sebuah bilik dalam rumahnya kepada lebih 500 tetamu dari seluruh dunia untuk menjana sedikit pendapatan tambahan. BackpackersMalaysiaAN
Wanita itu yang bernama Liz Hodgkinson, memberitahu tetamunya datang dari pelbagai latar belakang bangsa, negara dan agama berusia antara 18 hingga 60 tahun.


Perkhidmatan sewaan biliknya diiklankan di laman web AirBNB yang khusus untuk mengiklankan tempat tinggal tempoh pendek misalnya sewaan bilik, inap desa (homestay), asrama dan bilik hotel.

Menurut Liz, dia telah berhadapan dengan karenah tetamu dari macam-macam negara. Katanya, tetamu dari China datang biasanya untuk membeli-belah di Bichester Village, membeli barang dengan banyak untuk dijual semula di negara mereka. Biasanya mereka tidak tahu berbahasa Inggeris, dan bergantung pada aplikasi telefon untuk bercakap.

Tetamu dari Amerika Syarikat pula biasanya cerewet mengenai makanan dan alergi, tidak mahukan makanan mengandungi kacang, gluten, vegan, bebas tenusu, walaupun badan mereka gemuk.

Tetamu dari Belanda paling gemar mengadu dan tidak puas hati dengan bermacam-macam perkara seperti sawang di bawah tangga dan cadar tidak bersih walaupun ia baru dikeluarkan dari mesin basuh dan pengering.

Ini menyebabkan Liz membeli cadar baru dan membuka bungkusan cadar itu di hadapan tetamu itu.

Bagaimanapun, Liz mempunyai pendapat negatif mengenai tetamu dari Malaysia. Liz mendakwa tetamu Malaysia kedekut dan tidak jujur.

Kata Liz:

“Dua orang wanita Malaysia menempah (bilik saya) tahun lepas tetapi lima orang wanita muncul di pintu.

Saya beritahu, hanya ada dua katil saja di bilik itu. ‘Oh, kami ada beg tidur, jawab mereka.

Bila saya membantah mereka jawab, ‘satu malam saja. Satu malam saja.”

Saya mengalah. Pagi esoknya, lima orang wanita turun dari tangga, dengan tudung dan skirt labuh. Saya rasa  sudah pasti mereka tidak tinggal selesa malam sebelumnya.

Saya fikir ia hanya kes terpencil, tetapi tuan rumah AirBNB dari seluruh dunia yang lain beritahu saya ini terlalu sering berlaku, kumpulan manusia tidak jujur dari sudut dunia itu (Malaysia.)”

Artikel tulisan Liz dipaparkan di Daily Mail, dan menerima ribuan komen.

Kisah rakyat Malaysia dengan percutian bajet sering menjadi viral. Kita sering berbangga bila berbelanja paling sedikit apabila melawat ke luar negara, dan dalam kes ini, ia memberi kesan negatif kepada imej rakyat dan pelancong Malaysia.

Mungkin ada yang menganggap tuan bilik sewa itu tidak berhak memprotes memandangkan dia dibayar, bagaimanapun, perlu diingat, tuan bilik mengeluarkan belanja untuk penggunaan elektrik, air dan pembersihan bilik. Kos untuk menampung penggunaan dua orang kini menjadi lima orang, sudah tentu ia merugikan tuan bilik itu.

Seterusnya, ia memberi gambaran negatif mengenai rakyat Malaysia, walaupun menang sokongan dan pujian dari rakyat tempatan kalau dilihat dari satu sudut.

Apa pendapat anda?-amazingnara.com

Sumber: Daily Mail

 

Leave a Reply