Viral

Peniaga Air Dikecam Ugut Rogol Wanita Kerana Persaingan Perniagaan, Dakwa Tidak Ugut Tanpa Sebab

Satu video telah viral sejak semalam menunjukkan seorang lelaki yang merupakan seorang peniaga memarahi seorang peniaga wanita dan mengugut untuk merogol wanita itu. Lelaki itu dikatakan marah kerana wanita itu menjual air minuman berdekatan tempat lelaki itu berniaga air minuman.
UgutRogolAN

Lelaki itu juga dirakam mengeluarkan perkataan-perkataan lucah, berkemungkinan untuk menakut-nakutkan mangsa.


Kejadian itu didakwa berlaku di Sri Damansara, berdekatan Lebuhraya LDP. Ia dipercayai dirakam oleh wanita yang menjadi mangsa kemarahan lelaki itu, yang juga ditemani seorang wanita lain dipercayai ibunya. Video itu dimuat naik ke laman Isu Semasa Meletup Reloaded dan mendapat perhatian Netizen. Video itu boleh ditonton seperti di bawah:


Bagaimanapun, lelaki yang mengugut itu telah memuat naik satu status di akaun Facebooknya mendakwa cerita yang berlegar tidak betul.

Salam kepada semua yang mengenali saya. Video yang telah pun diviralkan tu adalah saya. Cerita di sebalik kes ini adalah tidak betul. Saya tidak akan membabi buta menyerang orang tanpa sebab.

Sebenarnya pihak dia telah menyerang kami dahulu dengan membawa gengster sehingga menyebabkan pelanggan kami lari kerana ketakutan. Kami telah mmbuat laporan polis dan kes ini telah pun selesai.

Harap tiada lagi viral-viral yang tak sepatutnya [email protected]

Lelaki yang menggunakan nama Pieyan Dark itu turut meninggalkankan komen di laman tersebut:

Hai semua, dalam video itu adalah saya. Dalam (ruangan) komen ini semua tak tahu cerita sebenarnya. Mereka telah memanggil gengster menyerang kedai kami dan telah memaki hamun emak saya. Anak siapa yang boleh tahan tengok mak korang kena maki dalam ini. Tolonglah siasat dahulu. Sebenarnya aku gaduh dengan lelaki belakang perempuan itu tetapi perempuan itu yang langsi rakam salah aku saja. Come on guys, takkanlah aku nak serang orang tanpa sebab.

Bagaimanapun, alasan Pieyan dipertikaikan oleh Netizen yang menganggap cerita Pieyan agak ‘over the top’:

6

5

4

3

2

7

Ada juga yang mengambil kesempatan memberi review produk makanan yang dijual oleh Pieyan:

1

Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Netizen ada benarnya. Alasan yang diberikan oleh Pieyan Dark agak tidak logik dan sekiranya benar berlaku masih bukan alasan untuk mengugut individu lain dengan perlakuan jenayah.

Mungkin di lain kali Pieyan patut belajar mengawal kemarahan kerana apabila marah, kadangkala apa yang dituturkan menjadi luar kawalan dan akhirnya menimbulkan masalah. Bayangkan jika yang diugut begitu ahli keluarga anda?-amazingnara.com

Sumber: Isu Semasa Meletup Reloaded


Comments 5

  1. tengah pelik

    Kalo gaduh ngan lelaki kt blkg prmpuan tu knapa ko ugut perempuan tu? Sampai ko ptikaikan dia pakai tudung? Siap nk ugut rogol semua? Dn itu ler…klo diorg mula serang bawa gangsternya xde mkna ko brani gitu. Sbb awl2 lg ko ckp masa gangster serang ko ngn kerabat ko dh lari. Asl xtrus repot polis kalo dh terancam cmtu. Aku tgok prangai ko yg can gangster.

  2. berdamailah..buang yang keruh..amik yang jernih

  3. Hazrin Proton

    kalau ada 10 org lagi perangai mcm kau kat sana nampak gayanya sampai kiamat pun melayu x akan maju! aku x terkejut tiba2 pelangan x nampak kedai awek tu atau kedai awek tu nampak sentiasa tutup pada hakikatnya kedai awek tu sentiasa buka!

  4. azza

    pakai baju bunga2..bila hati sedang kesepian kutulis utk mu surat cintaa

  5. Melayuohmelayu

    Pakai baju bunga2 jalan2 tepi pantai
    Kita sma2 sebangsa buat apa gadoh2 x tentu pasai…
    Hahaha…sbb tu melayu x penah maju..contoh mcm ney lah..rezeki Allah bagi masing2 kang dok tunjuk kepala setan cam tu Allah x bg langsong bqu da akai..

Leave a Reply