Penipuan Online, Viral

Penipu Guna Gambar Orang Sakit, Minta Derma Masuk Akaun Bank Sendiri

Dalam era media sosial ini, lebih mudah bagi mereka yang tidak bernasib baik untuk mendapatkan bantuan orang ramai setiap kali dana diperlukan untuk pembedahan atau rawatan.
AkaunAN

Namun begitu, ada juga spesis individu tidak bermaruah sanggup menggunakan musibah orang lain untuk mendapatkan keuntungan.

Beberapa hari lepas, seorang wanita, Siti Hapsiah Ismail telah memuat naik gambar keadaan terbaru anaknya setelah telibat dalam kemalangan ketika menunggang motosikal. Siti Hapsiah memuat naik gambar-gambar itu untuk meminta rakan-rakannya mendoakan kesembuhan anaknya yang bernama Syazwan Hamidon.


Namun begitu, seorang lelaki tidak dikenali telah mengambil kesempatan menggunakan gambar anaknya untuk mengutip derma kilat, kononnya untuk menampung pembedahan segera.

Tinjauan penulis mendapati lelaki itu yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) miliknya yang bernama Azman Bin Abdullah, juga telah menggunakan gambar seorang kanak-kanak juga untuk meminta derma.

Lelaki ini menggunakan pelbagai akaun palsu untuk share status meminta bantuan sebanyak beratus hingga beribu kali di laman-laman perniagaan di Facebook. Dia juga menggunakan laman Facebook palsu untuk share status-status meminta bantuan tersebut.

Screen Shot 2017-06-07 at 7.13.21 AM

Untuk makluman, laman di atas bukanlah laman Sinar Harian Online yang sebenar. Azman dipercayai membuat laman tersebut menggunakan logo Sinar Harian Online untuk tujuan penipuannya. Laman itu boleh diakses di sini.

Gambar kanak-kanak yang digunakan sebenarnya ialah gambar seorang kanak-kanak Indonesia yang menghidap kanser mata. Laman Sinar Harian palsu itu juga meminta derma menggunakan akaun nombor Public Bank seorang individu bernama Shafryal Iskandar juga dipercayai salah seorang penipu menggunakan gambar-gambar kanak-kanak yang sakit untuk mendapatkan wang cara mudah.

Malah, Syafryal Iskandar juga didapati menggunakan gambar kanak-kanak lain untuk memalsukan¬†¬†‘bantuan kilat’ secara mudah seperti didedahkan oleh Kisah Zakat Malaysia yang turut menjadi modus operandi penipuan individu di sebalik akaun bank bernama Muhammad Taufik dan Hisam Jumahat.


Apa yang patut dilakukan ialah dengan memeriksa kesahihan setiap kali anda terlihat gambar-gambar individu dengan sakit yang agak ngeri dikongsikan oleh akaun-akaun Facebook tertentu yang merupakan akaun palsu untuk meminta derma kilat. Kebanyakan gambar kanak-kanak yang digunakan berasal dari Indonesia.

Buat lelaki-lelaki pemalas jenis parasit di luar sana seperti Azman Abdullah, Shafryal Iskandar, Muhammad Taufik dan Hisam Jumahat, ingatlah, Kifarah menanti anda. – amazingnara.com

Leave a Reply