Info Semasa

Penuntut UPNM Meninggal Dunia Akibat Didera, Netizen Bengang Dan Mahu Pembuli Dihukum!

Susulan kes seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang meninggal dunia akibat didera dengan seterika wap, pengguna laman sosial mahu pembuli dikenakan hukuman setimpal.

Mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, pegawai kadet laut tahun tiga dipercayai memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya.

Kejadian tersebut turut mengundang kemarahan netizen yang rata-ratanya berang dengan tindakan pembuli yang tidak berhati perut.

36 individu ditahan direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan kes kematian Zulfarhan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, 32 daripada mereka adalah penuntut UPNM manakala empat lagi dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 21 tahun.

Laporan polis juga telah diterima dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

“Semua yang ditangkap direman sehingga 8 Jun ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam Twitternya turut menyatakan rasa sedih dengan berita kematian mangsa.

“Innalillah… sedih dan pilu pagi ini dengar berita kematian Pegawai Kadet Laut @upnm, Zulfarhan Osman bin Zulkarnain. Al Fatihah.

“Saya telah arahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan UPNM untuk jalankan siasatan dengan kadar segera. Tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah,” katanya.

Sumber

Comments 1

  1. massa

    sebagai emak, saya sangat-sangat sedih dengan apa yang telah dilakukan oleh manusia-manusia (layak kah digelar manusia, sebab manusia gunakan otak dan fikiran sebelum bertindak) ini perangai binatang! yang ini sah-sah tidak gunakan otak, ini kah jenis-jenis manusia yang di pilih sebagai penaraju, pertahan negara, pembimbing kepada pemimpin-pemimpin yang akan datang. kalau saya emak mangsa, saya tak akan ampunkan kepada semua yang terlibat, berjuta-juta, beribu juta pun kamu bagi saya kamu wang kamu tak akan dapat hidupkan anak saya semula. berjuta-juta kali pun kamu minta ampun, keluar air mata darah pun kamu tunjukkan kepada saya, saya tak akan diampunkan. saya lahirkan dia kedunia ini bukan untuk kamu seksa, untuk kamu bunuh, 20 tahun lebih saya jaga, besarkan dia beri serba-serbi supaya sempurna hidupnya sehingga dia membesar dengan cukup pelajaran saya tak minta pun wang daripada emak/bapa kamu yang terlibat. apa yang berlaku ini saya berdoa mudah-mudahan Allah memberi keadilan dengan apa yang dialaminya satu masa nanti. kepada siapa-siapa yang terlibat sama tunggulah keadilan dari NYA. kita terima jika kematian akibat kemalangan yang tak disenghaja, ini penganyaiaan, bully akibat tuduhan yang tak berasas. pada keluarga mangsa saya doakan semoga mereka tabah menghadapi dugaan Allah ini. Innalilahi wa’inna illali rojiun

Leave a Reply