Fakta, Manusia

Penyanyi Linkin Park, Chester Bennington Mati Bunuh Diri!

Penyanyi kumpulan Linkin Park, Chester Bennington, disahkan mati semalam setelah membunuh diri sendiri dengan menggantung dirinya.

Pihak berkuasa berkata yang penyanyi tersebut telah menggantung dirinya sendiri di sebuah kediaman peribadi miliknya di Palos Verdes Estates di daerah L.A.

Chester mati pada usia 41 tahun dan mempunyai 6 orang anak hasil pernikahan beliau dengan 2 orang isteri.

Beliau dikatakan sudah lama bergelumang dengan masalah dadah dan juga alkohol. Chester sudah banyak kali mempertimbang untuk membunuh dirinya kerana dia pernah didera ketika kecil oleh lelaki yang lebih tua.

Chester sangat rapat dengan penyanyi utama kumpulan Audioslave, Chriss Cornell, yang juga membunuh dirinya pada bulan Mei yang lalu. Semalam merupakan hari jadi Cornell yang ke-53. Chester turut menulis satu surat kepada Chris pada hari Chris membunuh diri.

Isteri Cornell, Vicky, mengeluarkan satu kenyataan di Twitter ke atas kematian Chester:

Kumpulan Linkin Park boleh dikatakan berjaya selama ini dengan keluaran lagu seperti “Faint,” “In the End” dan “Crawling.” Linkin Park juga pernah berkolaborasi dengan Jay-Z.

Album “Meteora” yang dikeluarkan oleh kumpulan itu juga merupakan salah satu album paling laris dalam industri muzik alternatif.

RIP Chester Bennington.

Comments 1

  1. Yg sedih

    Serious la, nape rock star perlu mati bunuh diri.

Leave a Reply