Penyokong Kelantan Mati Dalam Pergaduhan Suku Akhir Piala Malaysia?

penyokong kelantan dibelasah

PERHATIAN: Berita hari ini mengesahkan penyokong Kelantan tersebut mati kerana sesak nafas. BUKAN kerana pergaduhan atau dibelasah. Terima kasih.

Ini berita gila. Nasib baik kami mengambil langkah bijak untuk balik awal dari Stadium Shah Alam sebentar tadi. Khabarnya ada seorang penyokong Kelantan mati/maut dalam pergaduhan dengan penyokong Selangor semasa perlawanan suku akhir Piala Malaysia Selangor vs Kelantan di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Berita ini masih tak dapat disahkan sepenuhnya. Ada cerita yang menyatakan penyokong Kelantan tersebut meninggal dunia kerana sesak nafas ketika keluar stadium. Mungkin tak cukup oksigen sebab terlalu ramai orang di Stadium Shah Alam. Sesak sangat tadi. Sampai kami pun hampir-hampir menanggalkan baju ketika berada di sana.

Advertisement

Dengar ceritanya ada video penyokong Kelantan tersebut dibelasah sedang diedarkan di Facebook. Kami masih tak dapat mencarinya. Nanti kalau ada akan kami updatekan di sini.

Untuk makluman, perangai orang Malaysia masa tengok bola memang sangat-sangat teruk. Tak kiralah penyokong Kelantan ke, Selangor ke, memang hampeh. Mercun mesti ada. Baling-baling botol mesti ada. Siap ada laser tadi kat Stadium Shah Alam. Lepas tue memang compem akan gaduh. Sampai kami tak jadi tengok bola sebab lagi syok tengok orang bergaduh dari tengok orang main bola.

Kesimpulannya, orang Malaysia yang pergi tengok bola nie SEBAHAGIANNYA mentaliti dunia ketiga. Orang nak tengok bola sebab nak enjoy tapi dia datang memang sengaja cari gaduh. Apo ke jadahnya tue?

Comments

comments