Info Semasa

Peraturan Baru Cermin Gelap Kenderaan Bermula 1 Januari 2018

Peraturan baharu cermin gelap tinted JPJ mulai 1 Januari 2018. Peraturan baru itu menetapkan VLT (Kadar Ketelusan Cahaya) bagi cermin depan adalah 70 peratus, manakala cermin sisi pemandu 50 peratus, cermin sisi belakang dan cermin belakang penumpang 30 peratus.

Pengguna yang gagal mematuhi peratusan cermin gelap boleh dikenakan saman maksimum RM300 untuk kali pertama. Manakala maksimum RM2,000 dan 6 bulan penjara untuk kesalahan kali kedua dan kes dibawa ke Makhamah.

Pihak PJP juga menetapkan pada tahun 2018, hanya penghadang haba yang menepati piawaian standard MS2669 boleh digunakan pada kenderaan.

Kesalahan Kali Pertama: Berdasarkan peraturan yang ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, pengguna jalan raya yang ingkar boleh dikompaun maksimum RM300 untuk kesalahan kali pertama.

Kesalahan Kali Kedua: Jika berulang dan tidak mengendahkan saman pertama. Denda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara seperti yang dilaporkan itu adalah bagi undang-undang mahkamah terhadap pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi peraturan trafik bagi kesalahan pertama.

Leave a Reply