Santai

Perjalanan Dari KL Ke Perak Berbaloi, Kucing Kesayangan Yang Hilang Berjaya Ditemui.

Pada 30 Jun yang lalu, tular di laman sosial seorang wanita telah memuatnaik status meminta orang ramai yang terjumpa kucing kesayangannya yang hilang agar memaklumkan kepadanya.

Kucing yang diberi nama Tam hilang selepas melompat keluar dari kereta yang dipandu abangnya ketika terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Kampung Teluk Rebiah, Sungai Durian, Perak.

Memetik kenyataan beliau, Tam melompat keluar dan menghilangkan diri dalam semak selepas pintu kereta dibuka oleh seorang pekerja dari syarikat kereta tunda yang mahu menunda kereta milik abangnya itu selepas dilanggar oleh sebuah kereta lain ketika perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Selepas kejadian itu, mereka cuba mencari Tam namun tidak berjaya dijumpai menyebabkan mereka terpaksa meneruskan perjalanan pulang ke ibu kota.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, hatinya tidak tenang memikirkan bagaimana keadaan Tam yang tinggal di dalam semak itu menyebabkan dia dan keluarga telah membuat keputusan untuk kembali pulang ke Perak pada malam itu juga.

Selepas mencari pada keesokan harinya di dalam semak berhampiran lokasi kemalangan, Tam akhirnya berjaya ditemui.

“Alhamdulillah terima kasih semua yang mendoakan, kucing kami Tam dah dijumpai semula dalam keadaan baik dan selamat di dalam kawasan semak.”

“Berbaloi perjalanan jauh dari Ampang ke Perak untuk mencari dia, syukur ke hadrat Allah permudahkan urusan pada harini dan Allah lindungi kami sekeluarga,”

Dilihat ibu Hafizah tidak dapat menahan air mata kegembiraannya selepas kucing kesayangan mereka itu berjaya ditemui semula.

Keadaan ini mungkin nampak biasa di mata sesetengah mereka yang tidak minat kucing. Pasti perasaan betapa risau, sedih dan syukur yang dirasai oleh ibu Hafizah ini dapat dirasai oleh mereka yang menyayangi haiwan comel berkenaan.

Sumber : Hafizah Rodzi II

Leave a Reply