Cool, Info Semasa, Tips

Permainan Video Alam Maya Candy Crush Bakal Muncul Sebagai Satu Rancangan TV!

Kepada mereka yang meminati permainan video alam maya Candy Crush, berita baik untuk anda kerana permainan tersebut bakal mendapat rancangan TV tersendiri!

Percaya atau tidak, permainan video ini antara yang paling lama bertahan dalam dunia maya (sehingga kini masih ada lagi yang main) dan bakal diadaptasi ke dalam satu rancangan TV dalam bentuk persaingan secara langsung!

Rancangan ini bakal dihoskan oleh Mario Lopez yang akan memaparkan satu pertandingan yang dimainkan dengan menggunakan paparan skrin interaktif yang sangat besar Candy Crush.

Peraturannya sama sahaja seperti main video tersebut, peserta hanya perlu selarikan candy, hancurkan candy untuk mendapat point, melalui beberapa halangan dalam masa yang ditetapkan dan berpeluang untuk memenangi hadiah sehingga USD100,000 (RM430,000).

Rancangan TV Candy Crush ini akan mula ditayangkan di Amerika Syarikat pada 9 Julai akan datang!

Leave a Reply